Make your own free website on Tripod.com
[an error occurred while processing this directive]
PARTI KEADILAN NASIONAL
National Justice Party
 

Kenyataan Media
 

Pendirian Parti Keadilan Nasional(keADILan) tentang isu ‘Malaysian Malaysia’

Parti Keadilan Nasional amat kesal dengan cara pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan akhbar-akhbar tertentu mempermainkan isu Malaysian Malaysia dan cuba memperkaitkannya dengan parti-parti alternatif seperti keADILan.

Sebagal sebuah parti politik yang menyokong prinsip-prinsip asas perlembagaan Malaysia, pendirian kami dalam perkara-perkara utama seperti kedudukan istimewa kaum Bumiputera, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal, Islam sebagai agama persekutuan dan sistem raja berperlembagaan jelas dan jitu. Dari saat penubuhannya, Parti Keadilan Nasional dengan tegas menyuarakan ketaatannya kepada prinsip-prinsip asas perlernbagaan ini.

Oleh kerana. gagasan Malaysian Malaysia yang dikemukakan buat kali pertamanya oleh bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, pada tahun 1964, semasa Singapura sebahagian daripada Malaysia, mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Perlemnbagaan Malaysia, gagasan itu menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Bumniputra dan masyarakat Melayu khususnya.

Tetapi parti parti alternatif yang memperjuangkan keadilan sosial untuk semua rakyat Malaysia dalam dasawarsa 90an menerima prinsip-prinsip asas Perlembagaan dan taat pada unsur-unsur Perlembagaan seperti kedudukan istimewa kaum Burniputera dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal. Lagi pun, sejak pindaan Perlembagaan Februari 1971, adalah salah dari segi undang-undang untuk mempersoalkan fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang kedudukan istimewa Bumiputera, bahasa, kewarganegaraan dan raja berperlembagaan.

Fokus Parti Keadilan Nasional dan parti-parti altematif yang lain kini adalah isu-isu seperti penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah, pencabulan hak asasi manusia, rasuah, pembelotan kekayaan negara oleh segelintir tokoh-tokoh korporat yang rapat dengan elit politik dan isu-isu sedemikian rupa. Ketidakadilan yang berleluasa inilah yang menyatukan parti-parti alternatif dalam perjuangan mereka. Justeru itu, keadilan rnerupakan matlamat utama perjuangan mereka.

Perjuangan ini yang tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Itulah sebabnya mereka mengelak dan mengalihkan pandangan umum daripada persoalan-persoalan pokok ini dengan menimbulkan isu- isu Malaysian  Malaysia. Jelas, bahawa kepimpinan Barisan Nasional mahu mewujudkan suasana politik tegang dengan mengapi-apikan sentimen kaum agar kelemahan-kelemahan dan kepincangan-kepincangan dalam pemerintahan mereka dapat disembunyikan daripada rakyat jelata. Memipermainkan sentimen kaum dengan tujuan mengekalkan kuasa politik adalah satu tektik yang kotor. Rakyat Malaysia harus menolak politik yang tidak berprinsip dan tidak bermoral ini.
 

 
                                                                                                                 tt
 16 Mei 1999                                                                            Dr. Wan Azizah bte Wan Ismail
                                                                                                 Presiden
                                                                                                 Parti Keadilan Nasional (keADILan)