Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Ribuan Rakyat Dikerah Menyambut Mahathir Di Airport

Berita Terbaru Mahathir! Ribuan rakyat dikerah menyambut Mahathir di Airport Ribuan Rakyat Dikerah Menyambut Mahathir di Airport Sah Mahathir main sandiwara ! Berita terbaru yang saya terima dari orang dalam UMNO ialah sekarang ini duit sudah di tabur ke semua bahagian dan cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara untuk ahli-ahli UMNO supaya datang menyambut Mahathir di airport.

Ratusan ribu rakyat Malaysia akan dikumpulkan pada hari kepulangan Mahathir di Kuala Lumpur untuk menyambut ketibaan beliau. Pada hari ketibaan Mahathir itu seluruh media-media kerajaan dari RTM, TV3, NTV7, Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, Star, Sun, Nanyang, Sin Chew dan semua media cetak dan elektronik yang diperkudakan oleh regim BN ini akan ditempatkan di airport untuk mengambil gambar-gambar dan menyiarkan berita-berita yang memperlihatkan sokongan ribuan rakyat Malaysia kepada Mahathir dan BN.

Banner, kain rentang, placard dan sepanduk yang bertulis slogan-slogan cintakan Mahathir sedang giat disusun oleh anjing-anjing regim BN sekarang ini untuk menyambut kepulangan Mahathir. Student dan Puteri UMNO juga sudah dikerah untuk bersama-sama menyambut Mahathir di airport nanti.

Gambar-gambar dan berita yang akan dimuatkan nanti itu akan disiarkan berulangkali di TV dan juga surat khabar untuk menggambarkan betapa cintanya seluruh rakyat Malaysia kepada Mahathir. Dan ini akan menjadi mileage dan propaganda kepada Mahathir untuk memperkukuhkan kedudukan dan kekuasaan regim BN di mata rakyat. Jangan terperanjat dan kecewa jika melihat ribuan orang berkumpul di lapangan terbang nanti menyambut kepulangan Mahathir.

Ini adalah kerana mereka semua itu dibayar untuk hadir menyambut ketibaan Mahathir. Begitu juga dengan banner, sepanduk, kain rentang semuanya ini adalah dibuat dengan upah duit untuk menipu rakyat kononnya Mahathir masih dikehendaki oleh rakyat Malaysia. Ribuan orang akan berkumpul di airport menyambut ketibaan Mahathir.

Itulah senario yang akan berlaku. Soalnya sekarang ialah bagaimana untuk kita melawan propaganda media BN yang akan mengeksploitasi senario ini untuk meraih sokongan dan simpati rakyat kepada Mahathir ?

Senario ini sebenarnya memberi kesempatan kepada kita, penyokong-penyokong parti pembangkang, pendukung-pendukung reformasi, pencinta-pencinta demokrasi dan seluruh rakyat Malaysia yang bencikan penindasan dan kejahatan Mahathir untuk turut sama-sama hadir di airport ini dan kita terbalikkan agenda menyambut Mahathir dengan agenda mem"boo" Mahathir ketika dia menjejakkan kaki kembali ke Malaysia. Apa yang harus kita lakukan ?

1. Hadirkan diri di airport pada hari kepulangan Mahathir ke Malaysia

2. Ajak ayah, ibu, abang, kakak, adik, saudara-mara, kaum keluarga, kawan-kawan, kawan serumah, kawan sepejabat, kawan-kawan parti, kawan-kawan reformis dan siapa sahaja yang anti-Mahathir untuk pergi ke airport pada hari tersebut.

3. Bawa bersama-sama kita banner, placard, manila kad, kain rentang dan sepanduk yang bertuliskan slogan-slogan anti-Mahathir dan anti-BN untuk kita buka ketika Mahathir sampai nanti. Biar tulisan yang ditulis di atas banner, sepanduk dan sebagainya itu ditulis besar-besar dan terang supaya jelas pada penglihatan Mahathir bahawa rakyat sudah tidak mahukan dia lagi.

4. Dan ketika Mahathir tiba secara ramai-ramai kita laungkan "boo" kepada Mahathir. Kita teriakkan "boo" secara bersama dan kuat-kuat supaya didengari oleh Mahathir.

5. Di samping itu kita juga laungkan slogan-slogan anti-Mahathir seperti "Undur Mahathir Undur!", "Reformasi!", "Hidup Anwar!" "Seret Mahathir ke Mahkamah!" dan berbagai-bagai lagi slogan yang menceritakan kebencian dan kemarahan kita kepada diktator Mahathir ini.

Oleh itu marilah ramai-ramai kita ke airport untuk menyambut kepulangan diktator Mahathir dan marilah kita ramai-ramai menjadikan perhimpunan menyambut kepulangan Mahathir itu sebagai perhimpunan reformasi !