Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Air Mata Mahathir Air Mata Buaya!

Oleh Ummu Natasya 

MENGAPA perwakilan Umno yang memenuhi PWTC 22 Jun 2002 lalu berlaku zalim kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad… menolak kehendaknya berundur dari semua jawatan politik yang disandangnya? Apakah tanpa Dr. Mahathir Malaysia akan runtuh?

Apakah mereka benar-benar sayangkan Dr. Mahathir atau mereka tidak yakin dengan kemampuan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kepimpinan Umno dan negara dari Dr. Mahathir?

Atau, tindakan meminta Dr. Mahathir terus menerajui Umno dan negara dibuat kerana terikut-ikut emosi Rafidah Aziz yang “tergugat” sekiranya Dr. Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Apa strategi Dr. Mahathir sebenarnya dalam situasi ini? Apakah beliau memasang angan-angan mahu membuang Abdullah dari kerusi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri?

Kenyataan yang mengatakan beliau akan berundur setahun lebih lagi, iaitu selepas Oktober 2003 agak terlalu jauh! Peralihan kuasa sepatutnya dibuat tidak lebih dari tiga bulan dari tarikh pengumuman. Apakah selepas ini Malaysia akan dapat Timbalan Perdana Menteri yang baru?

Kata Marina, anak sulung Dr. Mahathir; ayahnya mahu menumpukan amal ibadat untuk mengakhiri hidupnya. Bukan bermakna selama ini Dr. Mahathir tidak dapat beribadat tetapi itulah sebenarnya hajat setiap insan yang sudah tua, mendekatkan diri dengan khaliknya.

Alhamdulilah, jika ini benar-benar menjadi hasrat Dr. Mahathir.

Jika dia banyak buat pahala ketika menjadi Perdana Menteri, dia juga dikenali sebagai seorang pemimpin yang cukup zalim dan terkenal kerana boros dan mengamalkan rasuah. Di era kepimpinannya, Malaysia disenaraikan sebagai sebuah negara yang ketujuh terkenal dengan amalan rasuah.

Apa yang dilakukan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Rakan-rakannya yang lain seperti Mohtar Abdullah, Gani Patail, Musa Hassan, Aziz Shamsuddin, Tengku Adnan Mansor, Tun Daim Zainuddin dan Hamzah Zainuddin juga sedang menanti pembalasan dari Allah.

Susunan fitnah yang mereka buat, hingga meletakkan Dato’ Seri Anwar dalam penjara dengan mengupah Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali sebagai ‘beruk mak yeh’ benar-benar menjadi cerita hitam dalam politik Malaysia.

Anak-anak muda yang pernah disimbah dengan air bercampur bahan kimia oleh FRU tidak akan dapat dimaafkan.

Apakah anak-anak muda ini sudah dingin kepala mereka? Bolehkah mereka memaafkan Dr. Mahathir dan turut tersedu-sedan menerima berita pengunduran sementara Dr. Mahathir baru-baru ini? Jawapannya tentu tidak. Mereka akan buktikan dengan menolak Umno/BN dalam pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum akan datang.

Jangan percaya dengan air mata yang mengalir. Jangan percaya sedu sedan ‘buaya’ yang laparkan mangsa. Ingat! Dia seronok kutuk orang Melayu yang disifatkan sebagai tukang jual AP, jual lesen, mudah lupa dan malas. Walaupun ada 2,000 orang Umno yang bertepuk tangan kerana seronok dihina oleh Dr. Mahathir tetapi kita yang boleh berfikir, tidak boleh disamakan dengan orang-orang Umno itu.

Kita mestilah bertekad, tolak Dr. Mahathir, tolak Umno dan bebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Allahyarham Ustaz Fadzil Noor berjuang hingga akhir hayatnya! Apakah kita tidak nampak semua ini?