Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Cadangan Bagi Calon Parlimen PAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Kembalinya Ust Datuk Fadzil Noor sangat dirasai oleh semua pihak lebih-lebih lagi ahli keluarga, ahli Pas dan mereka yang pernah bersama dengan beliau. Memang sukar mencari ganti beliau dan Semoga Allah mengampun dosa beliau dan memasukkan roh beliau bersama para solehin.

Dengan perginya beliau maka pilihanraya kecil parlimen dan Adun Kedah pun akan diadakan tidak lama lagi. Kita harap PAS bersedia untuk meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Fadzil Noor untuk menegakan negara Islam. Kita cadangkan agar bagi kawasan Parlimen, Dato Prof. Harun Din dicalonkan kerana ketokohan beliau dalam bidang dakwah serta dikenali ramai oleh rakyat Malaysia bukan saja di Semenanjung tapi juga di Sabah, Sarawak bahkan di Asia tenggara. Semoga Dato prof Harun Din dapat memberi semangat baru pada PAS dan BA dalam pilihanraya nanti.

Bagi kawasan Adun pula terserahlah kepada PAS Kedah untuk menentukan nya kerana mereka lebih arif lagi tentang calon yang terbaik baik bagi kawasan mereka. Calon Parlimen harus dari mereka yang terbaik kerana mereka ini pasti dapat menangkis serangan dan dakyah dari kerajaan Umno/BN. Kita harap cadangan kita ini mendapat perhatian yang sewajar dari pihak yang berkenaan. Sekian wassalam.

Membangun Bersama Islam,

Dari Rakyat Malaysia Prihatin