Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Rayuan Untuk Mahkamah Mengadakan Suatu Coroner’s Inquest

PARTI REFORMASI INSAN MALAYSIA (PRIM)

IBU PEJABAT PRIM

SUITE 8-10-5 (A)
MENARA MUTIARA BANGSAR
JALAN LIKU OFF JALAN RIONG
BANGSAR 59100 KUALA LUMPUR

TEL:03-22825241 / 013-3504711 / FAX:03-22825616
Y.A.A TUN MOHAMED DZAIDDIN BIN HAJI ABDULLAH
KETUA HAKIM NEGARA 28.06.2002 

Mahkamah Persekutuan Malaya          Dengan Tangan
Bangunan Sultan Abdul Samad
Jalan Raja 50506 Kuala Lumpur


Y.A.B.


PER: 1. RAYUAN UNTUK MAHKAMAH MENGADAKAN SUATU CORONER’S INQUEST MENGENAI PEMBUNUHAN / KEMATIAN MISTERI THARMA RAJEN A/L SUBRAMANIAM SEORANG REMAJA BERUMUR 19 TAHUN DALAM TAHANAN POLIS.

2. RAYUAN SUPAYA PIHAK MAHKAMAH LEBIH PRIHATIN DAN MENGADAKAN GARIS-PANDUAN YANG LEBIH KETAT APABILA MEMBERIKAN PERINTAH REMAN.

3. PENYALAH-GUNAAN PERINTAH REMAN DIBAWAH S 117 CPC DAN PERINTAH REMAN MELEBEHI 14 HARI YANG DIPEROLEHI DARIPADA MAHKAMAH YANG BERLAINAN.


Kami membawa Rayuan ini kepada Y.A.A Tun bagi pihak SELVAMONY (ibu Si Mati) dan keluarga beliau.
Kami merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan kepada surat Peguamcara Si Mati Tetuan Kumar Hashimah & Co, kepada Y.A DATO GHAZALI BIN YUSOF, HAKIM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH I, KUALA LUMPUR yang bertarikh 25.06.2002 yang membawa maksud tersendiri (sesalinan dilampirkan bersama disini).


Fakta-Fakta kes adalah seperti dalam surat tersebut.

Pembunuhan / kematian dalam kes ini amat mencurigakan, masih menjadi misteri, kematian secara tiba-tiba, kematian secara “unnatural manner”, by police violence, his death was resulted from or was accelerated by unlawful acts and / or the by the police force and / or the hospital Putrajaya authorities.

Kami dengan ini merayu supaya pihak YA.A. Tun mengarahkan pihak mahkamah untuk mengadakan suatu Coroner’s Inquest dibawah S 333, 334, 336 dan 337 Kanun Acara Jenayah pada kadar segera lebih-lebih lagi oleh-kerana sehigga ke hari ini kami masih belum diserahkan dengan sesalinan Laporan Bedah Siasat daripada Pengarah Hospital Putrajaya walaupun telah diminta berkali-kali (hospital dimana Si Mati meninggal dunia).

Kami membuat Rayuan ini kepada Y.A.A Tun olehkerana penganiayaan yang paling teruk kepada Si Mati yang dipukul, didera dan disiksa dalam tahanan polis. Si Mati telah merangkuk dalam tahanan polis tanpa diberi makanan yang sepatutnya.

Pihak polis telah tidak membenarkan ibu dan keluarga melawat Si Mati (except on rare occasions) dan walaupun diminta oleh Si Mati pihak polis telah tidak membawa Si Mati ke hospital dengan segera walaupun Si Mati “was begging and pleading for his life and pleading for mercy”. 

Rayuan keluarga Si Mati seterusnya supaya Si Mati dibawa ke Hospital dengan segera juga tidak dipedulikan oleh pihak polis. Tahap kekejaman pihak polis yang paling teruk adalah apabila Si mati digari di kedua-dua belah tangannya kepada katil walaupun pada saat-saat tarakhir sehingga Si Mati menghembuskan nafas terakhirnya.

Ini adalah konsisten dengan laporan Pakar Hospital Universiti Malaya yang bertarikh 26.06.2002 (abrasions to both wrists) dan gambar-gambar Si Mati dengan bed sore (kerana tidak dapat bergerak dan memusing badannya) dibahagian di atas “anus” (sesalinan gambar-gambar dan laporan pakar tersebut dilampirkan bersama di sini).

Kami juga tidak berpuashati dan ingin membawa kepada perhatian Y.A.A Tun bahawa Si Mati telah ditahan selama hampir tiga bulan diempat Lock-up polis yang berlainan atas tahanan Reman (“Serial Remand”).

Kami difahamkan yang Mahkamah -Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah memberi Perintah-Perintah Tahanan Reman secara berturut-turut dalam tempoh ini melebehi tempoh 14 hari dan melampaui Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. Kami memohon supaya pihak Y.A.A meneliti “serial remand” ini dan mengadili dengan sebaik-baiknya keadilan dalam perkara ini.

Kami juga ingin membawa kepada perhatian Y.A.A. Tun bahawa S 117 CPC juga banyak kali disalah-gunakan dan pihak polis melampaui tempoh maksimum 14 hari dengan mendapatkan tempoh Reman daripada Majistret yang lain pula.

Pihak polis juga tidak memerlukan tempoh Reman yang panjang dalam menjalankan penyiasatan mereka, kami dengan rendah diri memohon Y.A.A. Tun merujuk kepada contah di United Kingdom dalam buku Civil Liberties Cases and Materials by Bailey Harris and Jones at page 88 “The Royal Commission on Criminal Procedure found that about 75 percent of suspects were dealt with within six hours and about 95 percent within 24 hours. A survey done by the Metropolition Police for three months in 1979 showed that only 0.4 percent of 48, 343 persons had been held for over 72 hours without charge of release” (Infoline September / October 1998 at page 18).

Akhir sekali kami memohon supaya garis-panduan yang lebih ketat di keluarkan kepada Majistret-Majistret di seluruh negara supaya penyalah-gunaan yang sedemikian rupa tidak berlaku lagi. 

Kami dengan rendah diri merayu kepada pihak Y.A.A Tun supaya menegakkan keadilan dalam kes THARMA RAJEN A/L SUBRAMANIAM ini dan menghentikan penganiyaan kepada rakyat jelata keseluruhannya.


Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,


Panirselvam Karupiah
Bendahari (PRIM)

c.c. MR MAH WENG KWAI PRESIDENT BY FAX 26912439 / 26914316
BAR COUNCIL MALAYSIA CERTIFICATE OF POSTING