Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Peristiwa Di Rabiul Akhir (II)

Dalam tempoh 2 per 3 hari antara petang sabtu dan pagi ahad telah berlaku 2 peristiwa besar membabitkan 2 tokoh besar negara , 2 tokoh presiden parti politik, 2 ahli parlimen dari kedah atau 2 pemikir dan peneraju beragama islam yang berlainan method dan arah perjuangan berlaku di 2 tempat berasingan sekitar ibu negara malaysia.

Tragedi pertama memababitkan insiden tangisan pm di pwtc serta perletakkan jawatan sekitar 2 per 3 jam iaitu kira-kira 40 minit.

Tragedi tersebut menguji keihklasan beliau melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan dan parti secara terhormat.

Namun ianya berakhir dengan penarikan semula agenda perletakkan jawatan tersebut dengan laungan dan pekik sorak ahli umno sekitar 2000 sehingga 3000 orang di pwtc.

Dianggarkan 2 per 3 marhaen yang menonton siaran langsung tersebut turut bersorak gembira dengan pengumuman beliau tersebut.

Dr m kemudiannya bertolak ke eropah kira-kira jam 10.pagi pada hari ahad kira-kira-kira 2 per 3 hari dari tempoh penarikkan perletakkan jawatannya setelah di pujuk sebanyak 2 kali oleh majlis tertinggi umno.

tradedi ke dua pula membabitkan kematian Allahyarham Ustaz Fadhil Noor ke rahmatullah di hukm pada jam 10 .30 pagi kira-kira 30 minit selepas mahathir berlepas ke eropah untuk bercuti.

jelas mahathir menerawang di angkasa tinggi ke eropah tapi Ustaz Fadhil Noor telah terlebih dahulu sampai ke hadrat ilahi ke alam yang lebih jauh walaupun beliau lewat 30 minit bebrbanding pesawat yang membawa mahathir masih lagi menerawang di angkasa menuju ke destinasinya di eropah namun Ustaz Fadhil Noor telah terlebih dahulu sampai ke ahdrat Allah.

Ustaz Fadhil Noor lebih ikhlas melepaskan jawatan yang disandangnya bermula dengan perlantikkan ustaz hadi memangku jawatan presiden pas dan secara automatik menerajui pas setelah pemergiannya untuk bersemadi kemudiannya.

berbanding dengan tpm abdullah badawi yang terpaksa menunggu suatu masa lagi sebelum dr mahathir mohammad betul-betul melepaskann semua jawatannya.

Ustaz Fadhil Noor dengan rela hati melepaskan semua jawatannya di dunia yang fana ini untuk diterajui oleh mujaddid seterusnya serta meninggalkan kekosongan jawatan di parlimen pendang bagi menguji keikhlasan rakyat secara praktikal berbanding ujian dr mahathir di pwtc secara suatu pementasan yang masih diragukan kebenarannya.

sekitar 200 000 ke 300 000 hadirin membanjiri upacara solat jenazah dan mengiringi beliau dengan laungan takbir yang lebih hebat dari tempik sorak sebuah insiden di pwtc 16 jam sebelumnya.


Kesimpulan

pemergiaan Ustaz Fadhil Noor telah memadamkan gimik yang cuba dibuat oleh dr m di pwtc dan membatalkan segala agenda dr m secara psikologi.

kebanjiran umat islam mengiringi jenazah Allahyarham menenggelamkan peristiwa drm di kerumuni oleh majlis tertinggi umno di pwtc.

sesungguhnya Allah maha bijaksana dan perancang yang paling berjaya.


kesudahan yang baik itu bagi mereka yang bertakwa.