Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Antara Tangisan Mahathir Dan Tangisan Marhaen

65] Katakanlah: Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu atau dari bawah kaki kamu atau Dia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah (berpuak-puak) dan Dia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.

PENJELASAN DALAM AYAT INI MEMPERLIHATKAN KEWUJUDAN SIKAP BERPUAK-PUAK DI KALANGAN INSAN DI MUKA BUMI INI DIMANA TERBAHAGILAH MANUSIA DALAM PUAK HIZBULLAH DAN HIZBUSYSYAITAN.

HIZBULLAH ATAU KUMPULAN JEMAAH YANG BERPANDUKAN KITABULLAH SEBAGAI PAYUNG KEHIDUPAN DAN SANDARAN PERJUANGAN DAN HIZBUSYSYAITAN BERPANDUKAN HAWA NAFSU DAN PERUNDANGAN CIPTAAN MANUSIA.

[66] Dan kaum engkau (wahai Muhammad) mendustakannya (Al-Quran), padahal ia adalah benar. Katakanlah: Aku bukanlah orang yang ditugaskan menjaga urusan kamu, (aku hanya seorang Rasul yang menyampaikan perintah-perintah Allah kepada kamu).

GOLONGAN THAGHUT MEMBABABITKAN PUAK HIZBUSYSYAITAN MEMPERTAHANKAN MANIFESTO SEKULARNYA IAITU PEMISAN AGAM DARI LAIN-LAIN CABANG KEHIDUPAN KHUSUSNYA POLITIK.

[67] Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya) dan kamu akan mengetahuinya.

BIASANYA PUAK DUNIAWI SERING BERMAIN OPERA SANDIWARA SEMASA BAGI MENGELABUI PEMIKIRAN MASYARAKAT DALAM MENUTUP KELEMAHANNYA SERTA MENGALIHKAN PERHATIAN MASYARAKAT KE TAjuk lain bagi menutup sesuatu perkara dan muslihat agenda akan datang.

[68] Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu)

Golongan hitam dan kelabu asap ini sudah tidak malu lagi memmpermainkan hukum alllah dan mendustakan hakikat keadilan hukum allah tersebut serta kewajipan melaksanakannya dalam bentuk praktikal dan bukannya slogan dan kertas kerja yang diarkibkan semata. golongan yang mempertikaikan keadilan hukuam allah yang maha buijaksana ini harus diketepikan dari menjadi pimpinan sesebuah masyarakat dan negara.

[69] Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertakwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingat (larangan Allah itu) supaya mereka bertakwa.

 

terpulanglah pada mereka untuk kembali insaf dan bertaubat dan bukan sekadar air mata gimik sedangkan tangan yang melakonkan pelbagi sandiwara palsu terhadap umat islam penuh dengan najis dosa dan noda. kewajipan kita pejuang islam menasihati merka ini disamping menjauhi golongan tersebut dan jangan sesekali terpedaya dengan pelbagai opera ,sandiwara semasa yang cuba mereka persembahkan kepada rakyat.

 

[70] Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).

 

golongan yang sering bersandiwara ini adalah ahli sihir moden yang mengkaji kelemahan bangsanya sendir i untuk dipergunakan bagi kepentingan politik peribadi  bagi menarik sokongan dan memukau pandangan masyarakat agar memaafkan kesilapan merka dalam masa yang sama mereka tetap tidak berubah dari pegangan sekular kepada pegangan ahlussunnah waljamaah yang sebenar iaitu alquran dan sunnah sebagai panduan setiap aspek kehidupan ini.

 

[71] Katakanlah: Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang dia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): Marilah bersama-sama kami. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

 

Golongan yang mempelopori teknik sihir dari zaman firaun ini menggunakan pelbagai helah menipu umat islam bagi mencengkam terus kuasa disamping mengoyakkan akidah umat islam.adalah malang mereka mengambil selain dari allah sebagai panduan seperti berbincang dengan pope kristian dalam hal ehwal umat islam  melalui pope  yang langsung tidak peka ke atas penderitaan umat islam  serata dunia disamping menolak kerasulan nabi muhammad dan tidak reda kepada umat islam selagi umat islam tidak bersama dengan mereka menuju ke neraka.

 

Kesimpulan

Setelah beberapa hari meneliti insiden tangisan PM di PWTC jelas menampakkan unsur sandiwara yang semakin jelas .

Adalah dimaklumkan sekiranya Mahathir benar benar ihklas dia tidak sepatutnya meminta simpati rakyat terhadap nasib diri atau bebanan yang dipikulnya selama ini.

Setiap keburukkan yang berlaku adalah natijah dari pemulauan beliau terhadap kitab Allah yang sepatutnya menjadi rujukkan dalam sebuah negara Islam demi kesejahteraan ummah.

Semuanya ini tidak beerti bagi rakyat marhaen yang telah lama tertindas dari aspek keadilan sosial,kebebasan bersuara dan hak-hak dalam sebuah negara yang aman dan demokrasi.

Setelah puas menelan segala hasil jerit perih rakyat beliau secara tiba-tiba bersandiwara untuk berundur sedangkan hutangnya dengan rakyat yang ditipu bertahun-tahun tidak pernah langsai dari segi keharmonian hidup dan keselesaan mendiami sebuah negara denagn memiliki sebuah kad pengenalan biru.

Jelas sekali sedemikian ramai Melayu tidak bertanah masih wujud di seluruh negara setelah sekian lama tanah Melayu ini merdeka termasuk saya sendiri yang masih menharapakan anugerah tanah dari kerajaan demi keselamatan generasi Melayu dan umat Islam malaysia yang telah sekian lama berjuang bagi mendapatkan hak kediaman yang selesa di tanah tumpah darah sendiri.

Tak kisahlah kena bayar ansuran janji tanah sendiri untuk sebuah kediaman dan tempat menhasilkan makanan sara diri bagi meringankan beban sesebuah keluarga Melayu yang telah beratus tahun berjuang membebaskan tanah Melayu dari penjajahan musyrikin barat.

Kesudahan yang baik itu bagi mereka yang bertakwa.