Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Rakyat Dan Dunia Ditipu Sandiwara Mahahaprak

Pada 22hb.Jun.2002 – Tersohor SANDIWARA SENSASI MAHAHAPRAK@MAHAFIRAUN dengan penuh emosi dan tiada tolok bandingya dalam sejarah dunia telah dilakunkan di PWTC dengan penuh emosi seorang pelakun terbaik dunia di alaf baru.

Tipu bontan sandiwara agung sepanjang zaman akan dikenang sehingga hari kiamat oleh dunia … itulah hakikat yang berlaku di Malaysia. Kita renungi dan amati ucapan seorang musuh utama rakyat marhaen untuk dibuat pengajaran serta sempadan.

1. Pada jam 5.58 petang Mahathir@Mahahaprak secara tiba-tiba berkata:

"Tuan-tuan dan puan-puan, Tun Pengerusi Tetap, ahli-ahli Majlis Tertinggi, para wakil ke perhimpunan agung Umno tahun 2002, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan... mengumumkan satu peletakan jawatan saya...'..

Dalam nada yang sebak dan suara tersekat-sekat, Dr Mahathir selepas meminum dua teguk air berkata: ".... peletakan jawatan saya sebagai Presiden Umno dan semua jawatan-jawatan...yang dipegang oleh saya....dalam parti. Peletakan saya sebagai Pengerusi BN dan semua jawatan dalam BN.....".

Dr Mahathir yang tidak dapat menahan perasaannya dengan menggerakkan kedua-dua tangannya sebagai isyarat tidak mahu dipujuk oleh ahli-ahli MT yang mengerumuni, berkata:

"No, no, I have decided (saya sudah membuat keputusan)...I have decided...dah lama dah ...".

- (Kata dah buat keputusan lama dah, kenapa tak hantar surat rasmi pada MT dan Agung serta parlimen untuk meletakan jawatan, ini istihar kat Perhimpunan Agung … saja nak cari glamour aje…???)

2. Pada jam 7.00 petang Pak Lah mengumumkan penarikan balik perletakan jawatan Mahathir :-

“ Saya telah pada waktu itu, untuk mendapatkan kepastian, membuat satu usul tergempar iaitu usul bahawa Perhimpunan Agung Umno menolak hasrat Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletak semua jawatan dalam parti dan dalam kerajaan dan usul itu disambut dengan secara spontan dengan begitu bersemangat, bersungguh-sungguh dan lepas itu ahli-ahli MT telah membenarkan saya, Naib-Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Penerangan, berjumpa beliau dalam bilik khas di mana kami telah pun nyatakan kepada beliau bahawasannya hasrat parti ialah Datuk Seri terus memimpin parti dan kerajaan.

Hasrat ini adalah hasrat sebulat suara, tidak ada seorang pun berkecuali dalam hal ini. Kami terpaksa mengambil masa yang begitu panjang sebenarnya untuk nyatakan kepada beliau tentang perasaan parti pada waktu ini, walau pun beliau menyatakan kesungguhannya, tetapi akhirnya beliau dapat memahami sebagai seorang Presiden parti yang sentiasa memahami apa juga kehendak dan reaksi parti dalam satu-satu perkara beliau telah pun difahamkan supaya beliau mengakui tentang kehendak parti itu dengan itu YAB Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya dia terus memegang jawatan yang pada waktu ini dipegang olehnya, saya harap semua ahli Umno di seluruh negara yang tidak ada di perhimpunan ini akan dapat bertenang dan saya juga berharap semua parti komponen BN dan ahli-ahli komponen BN dapat memahami bahawasanya Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad masih Perdana Menteri dan masih Presiden Umno, masih Pengerusi BN dan masih memegang jawatan-jawatan yang lain.

- ( Sejarah dunia tercipta, tempoh perletakan jawatan paling pendek dalam dunia 1 jam sehaja …kah..kah..???? macam-macam kejadian ajaib di akhir zaman ini….he..he).

3. Kenyataan MT UMCINO pada jam 5.35 petang 25hb.Jun.2002 di PWTC :- "A. Majlis Tertinggi UMNO menerima dan mengesahkan laporan Jawatankuasa Pengurusan di mana YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menghargai kepercayaan ahli-ahli UMNO dan rakyat agar beliau terus menerajui kepimpinan parti dan negara. Walau bagaimanapun YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk tetap berundur dan melepaskan semua jawatan beliau dalam UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan.

- ( Kejayaan paling besar dia untuk memusatkan kuasa memerintah, kini MT UMCINO dan BN tidak mampu menidakkan segala titah perintah Maharaja Mahafiraun apabila tipu-bontanya berjaya untuk menghalalkan cara dan tindakan dengan kuasa VETO PM dan Presiden UMCINO)

"B. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menetapkan YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai pengganti beliau. Dan Majlis Tertinggi memberi sokongan sebulat suara tentang keputusan itu.

– ( Cakap ni pun pernah dia cakap semasa DSAI menjadi TPM dulu )

"C. YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menetapkan peletakan jawatan beliau akan berlaku selepas Persidangan Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang akan diadakan pada 24 hingga 25 Oktober 2003.

– ( Tak pernah dibuat orang notis berhenti 1 ˝ tahun, silap-silap persidangan OIC ditunda pada tahun 2005 pulak, he..he..)

"D. Dalam tempoh masa sebelum persidangan OIC tersebut, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad akan terus memegang semua jawatan beliau dalam UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan termasuk jawatan Menteri Kewangan.

"E. Dalam tempoh masa sebelum persidangan OIC tersebut, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad akan mengambil cuti selama dua bulan, di mana YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dilantik sebagai Pemangku Presiden UMNO dan Pemangku Perdana Menteri. Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi juga akan memangku jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada bila-bila masa yang lain Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengambil cuti dalam tempoh masa tersebut.

- ( Berapa kali cuti dah ….. dulu ambil cuti 3 bulan sebelum pecat DSAI … kali ini Pak Lah pulak … jaga-jaga bila Mahathir cuti 2 bulan dia nak test Pak Lah…lepas tu tunggulah penangan Mahathir@Mahahaprak ….he..he).

"F. YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menjelaskan bahawa masa peletakan jawatan seperti mana yang ditetapkan adalah untuk membolehkan peralihan kuasa dan tugas-tugas secara teratur dan juga untuk memenuhi tanggungjawab yang beliau merasakan perlu dipenuhi seperti mempengerusikan Persidangan Kemuncak Negara-Negara Berkecuali pada 24 dan 25 Februari 2003 dan juga Persidangan Kemuncak OIC.

"G. YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad juga menjelaskan bahawa selepas peletakan jawatan dalam UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan, beliau akan terus menyumbang tenaga dan pandangan untuk kemajuan parti UMNO.

– ( Nie nak mintak jawatan Menteri Kanan lah jawapnya )

"H. YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menghendaki semua ahli UMNO sentiasa bekerjasama dan mengukuhkan parti untuk kejayaan perjuangan UMNO.

- ( Supaya lebih kuat dan memperkayakan KRONI ….. lebih cepat Negara ini digadaikan kepada pembeli BON-BON Kerajaan). Rakyat marhaen dan dunia perlu menilai apakah jenis pemimpin yang dikatakan “WIRA DUNIA KETIGA” yang saban tahun membuat SANDIWARA dan KEJUTAN kepada rakyatnya sendiri di Mesyuarat Agung Parti Puaka UMCINO@BN.

Saat kehancuran UMCINO@BN semakin hamper, kalau 23 juta rakyat marhaen dan dunia Mahathir@Mahafiraun sanggup bersandiwara, malahan Allah swt pun dia sanggup tipu, apa tah lagi manusia biasa … to easy man……semua dah kena temberang sakan aku … ha .. ha….!!!!.

Tapi Mahathir@Mahafiraun pasti akan menjadi “ Pengembala Biri-Biri Dan Serigala “, satu hari nanti perkara yang benar lagi betul berlaku akan dikatakan SANDIWARA TIPU BONTAN …. Masa tu baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.

Kini dalam minda rakyat marhaen, telah tersemat satu tekad, bahawa kata-kata Mahahaprak@Mahafiraun sudah boleh diterima pakai lagi … kata-kata pemimpin tua yang telah hampir kepenghujung umur yang asyik merajuk tak tentu pasal serta dah tak releven lagi untuk alaf baru ini.

Biarlah sejarah Mahathir@Mahafiraun menjadi teladan dan sempadan kepada anak-anak REFORMASI … supaya lebih maju dimasa akan datang. Insya Allah.

Al-Fatihah buat Allahyarham Ust.Fadzil Nor.

RDJU – 26hb.Jun.2002 (11.00 pagi)