Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Sensasi : Pak Lah Dilantik PM, Kenapa Najib Tak Diumum TPM!?

Assalammualaikum WBT.. Salam Perjuangan dan Reformasi !!

Dewasa ini heboh diperkatakan dalam akhbar arus perdana " Utusan Meloya" dan "Berita Hairan" mengenai isu perlantikan Pak Lah Badwi bagi menggantikan Mahafiraun sebagai Perdana Menteri Malaysia bermula pada Oktober 2003. Kononnya langkah Mahafiraun itu adalah langkah bijak dan yang paling tempat. Berbagai individu serta NGO yang mengeluarkan pendapat menyokong perlantikan tersebut. Disamping itu tidak kurang juga yang memuji langkah Mahafiraun memperkenalkan fomula peralihan kuasa. Kononnya formula tersebut adalah yang terbaik dan satu pakej yang amat berkesan ke arah memantapkan sistem pentadbiran negara..

Hari-hari diwar-warkan sokongan rakyat terhadap langkah Mahafiraun ini...Apalah agaknyer ilmu yang dipakai oleh Mahafiraun sehingga segala apa yang dilakukannya pasti mendapat sokongan daripada orang Melayu UMNO agaknyer.. Mahafiraun hina Nabi ..Sokong..Hina Ulamak Sokong..Hina Al-Qur'an sokong..Hina hukum Hudud sokong..pendek kata semua apa yang diperkatakan oleh Mahafiraun akan disokong oleh Melayu UMNO.. Siapa yang berani membantah !!! Kalau membantah akan menerima nasib yang sama seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim. ..merengkok dalam Penjara Sungai Buloh ..

Persoalannya di sini apakah Pak Lah kini berada dalam keadaan selesa ? . Apa yang memusykilkan Cucu ialah kenyataan MB Perak Tajol Rosli , bahawa UMNO Perak menyokong siapa sahaja yang dilantik sebagai orang kanan Pak Lah ( Timbalan Presiden UMNO / Perdana Menteri ). Apakah motif yang tersirat dengan kenyataan MB Perak ini...Sepatutnya kalau Pak Lah jadi PM secara automatik Dato Najib Tun Razak..akan menjadi Timbalan beliau.. Mengapa Mahafiraun tidak menamakan terus pengganti Pak Lah sebagai timbalan..andai Pak Lah jadi PM ? Ini yang menjadi persoalan..dan apakah mesej yang hendak disampaikan oleh MB Perak Tajul Rosli itu......

Laporan yang Cucu terima daripada Siput Babi (SB) Cucu ialah..kemungkinan Pak Lah tidak akan melantik Dato Najib sebagai timbalannya .. Ini berdasarkan kepada kekhuatiran Pak Lah andai Najib dilantik sebagai timbalan nya pasti masa depannya akan kabur .... Cucu masih ingat tentang kejadian Najib hampir kecundang di Pekan dalam pilihanraya Umum 1999 yang lalu ( Memang sebenarnya Najib dah kalah..kalau tak kerana undi pos orang asli yang datang dari "Alam Bunian" Pekan...) . Sebenarnya punca Najib hampir kecundang di Pekan adalah angkara Pak Lah . Difahamkan seminggu sebelum Pilihanraya Umum 1999 , Pak Lah telah datang secara sulit ke Felda Gugusan Chini di Pekan. Kabarnya Pak Lah telah menggunakan Pertubuhan Anak-anak Kedah (PAKIDA) untuk merayu supaya jangan mengundi Najib. Kebanyakkan ahli PAKIDA adalah dikalangan peneroka FELDA di Gugusan Chini. Najib bukan ahli PAKIDA, justeru itu Pak Lah menyeru kepada semua ahli PAKIDA dalam UMNO agar memangkah PAS dan Keadilan dalam Pilihanraya tersebut. Dalam PAKIDA " Hubungan ahli PAKIDA adalah sehidup semati ..hubungan adik beradik di dunia sahaja..ini menunjukkan bahawa antara adik beradik..ahli PAKIDA lebih perlu diutamakan " ..Ini yang berlaku.. Walaupun Najib UMNO tapi dia akan menjejaskan Pak Lah ( PAKIDA) maka Najib perlu dihapuskan oleh ahli PAKIDA di Pekan .Tujuan jahatnyer supaya Najib tumbang dan Pak Lah lebih selesa untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan DSAI... Inilah strategi Pak Lah dalam memastikan Najib berkubur di Pekan... Mujurlah kem Najib berjaya membawa undi POS Orang Bunian ..masuk ke dewan untuk ditambah supaya memastikan Najib memang.. sebab tu lar.. Najib diisytiharkan menang tipis masa pilihanraya Umum 1999 dulu..

Dengan kemenangan tipis itu pun..moral Najib telah jatuh di mata Mahafiraun.. Beliau tidak tahu itu adalah konspirasi yang dijalankan oleh Pak Lah dengan pakatan PAKIDA di Pekan. Lantaran itu Mahafiraun melantik Pak Lah sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun kebanyakkan ahli UMNO mahukan Najib. Najib lebih berketrampilan dan merupakan anak bekas Perdana Menteri Tun Razak. Lantaran itu untuk memastikan Najib tidak memegang menteri kanan , Najib telah dihumbankan ke Kementerian Pertahanan..wal hal Najib pernah menjaga kementerian tersebut sebelum ini.. Najib tidak boleh menjadi Menteri Pendidikan lagii..kerana mengikut sejarah UMNI mereka yang akan jadi Timbalan Perdana Menteri .bermula dengan Menteri Pendidikan ..Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri... Kesian Najib.. dah lar tuuu dimalukan pulak dengan kes "Sandiwara Sauk" dan banyak lagi perancangan jahat Pak Lah untuk menjatuhkan Najib... Semuanya dilakukan supaya imej Najib tercemar dan Najib tidak mencabar kedudukan beliau untuk naik sebagai orang nombor dua dan nombor satu negara.

Berdasarkan kepada risikan SB Cucu inilah..Cucu amat yakin yang Pak Lah tidak akan melantik Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO dan TImbalan Perdana Menteri.. Kemungkinan besar jawatan tersebut akan dipertandingkan dalam pemilihan Agung UMNO 2003 nanti. Justeru itu Kem Pak Lah sedang merangka strategi baru bagi menjatuhkan Najib.. Pak Lah amat risau Najib akan mencabar kedudukan beliau sekiranya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri nantii.. Kiranya Najib mencabar beliau, kemungkinan Pak Lah akan tumbang kerana Najib lebih mendapat sokongan kebanyakan ahli UMNO dari Pak Lah.. Kalau Najib dilanti aaatau memenangi kerusi Timbalan Presiden pasti Pak Lah tak kan kekal lama sebagai Presiden... Inilah yang menggerunkan Pak Lah. Pastinya Najib akan dijadikan mangsa konspirasi peringkat tertinggi selepas DSAI.

Cucu amat simpati kepada Dato' Najib .. Dan berharap Najib bersabar dan turut mencari strategi bagi menjatuhkan Pak Lah.. dengan cara ini mudahlah kapal UMNO akan karam tidak lama lagi.. Apabila perebutan jawatan berlaku ..pasti UMNO akan berpecah belah nanti.. dan mudahlah untuk Barisan Alternatif memenangi Pilihanraya Umum ke -11 nanti. Yang penting bagi Cucu ..siapa pun yang dilantik menjadi Presiden atau Timbalan Presiden tak penting..selagi namanya UMNO ..2 X 5= 10...masuk angin keluar asap..macam tular jugak..kalau dah spesis UMNO. Mereka tetap akan mempertahankan undang-undang sekular dan menolak Islam ..percayalah kata-kata Cucu... Marilah sama-sama kita hapuskan Spesis UMNO ini dari mukabumi ini.. Virus UMNO lebih bahaya dari virus HIV !!!!

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! Lawan Tetap Lawan !!
"Kalau Takutkan Perjuangan Jangan Bicara Soal Keadilan"

CUCU MAT KILAU
Pahang DM