Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Kejam Dan Zalim : Pemuda Mati Dalam Tahanan Polis

SETIAUSAHA KEPADA 25.06.2002
HAKIM DATO’ HAJI MOHD GHAZALI BIN MOHD YUSOFF
HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA (JENAYAH I)
DI KUALA LUMPUR Faks 26929672/
JALAN RAJA By Hand
WILAYAH PERSEKUTUAN


PER: JUDICIAL REVIEW / REVISION TERHADAP KEPUTUSAN TUAN AZHANIZ THE MAJISTRET, MAHKAMAH MAJISTRET DI HOSPITAL PUTRAJAYA WILAYAH PERSEKUTUAN YANG DIBERIKAN PADA 21.06.2002.




Kami merujuk kepada perkara yang tersebut diatas dimana kami bertindak bagi pihak SELVAMONY A/P ADAIKAN NO K/P: 500812-10-5352 yang beralamat di NO.3-2C, BLOK C, SRI SARAWAK FLATS, JALAN KENANGA 5445 KUALA LUMPUR.




Fakta Kes

1. Anakguam kami mengarahkan kami bahawa anak beliau bernama THARMA RAJAN A/L SUBRAMANIAM yang ditahan oleh pihak polis sejak 3.04.2002 telah dibunuh di dalam tahanan pihak polis secara perlahan-lahan dan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada 21.06.2002.


2. Ini berlaku setelah ditahan oleh pihak polis secara tidak sah disisi undang-undang dari 3.04.2002 sehingga 21.06.2002 (hampir tiga bulan) di empat balai polis yang berlainan iaitu IPK, Brickfeilds, Cheras dan akhirnya di Putra Jaya beturut-turut.


3. Semasa dalam tahanan polis Si Mati THARMA RAJAN telah memberitahu abang beliau Asokan A/L Subramaniam dan ibu beliau Selvamony A/P Adaikan bahawa beliau telah didera disiksa dan dipukul oleh pihak polis ditapak kaki, badan dan tangan beliau “who was completely at the mercy of the Police”. 

4. Beliau juga telah ditampar sehingga mendapat sakit gigi. Selebihnya beliau dibiarkan tidur hanya di atas lantai semen, tidak diberikan selimut dan atau tidak dibenarkan memakai T Shirt dan di “interrogate” dalam bilik berhawa dingin yang amat sejuk walaupun beliau memberitahu pihak polis yang beliau menghadapi penyakit Asthma.
5. Si Mati telah selanjutnya merayu “and was pleading for mercy and he was pleading far his life” tetapi telah tidak diendahkan langsung oleh pihak polis.
6. Akhirnya Si Mati telah merayu kepada ibu, abang dan keluarga beliau supaya merayu kepada pihak polis supaya dihantar dengan segera ke hospital oleh kerana beliau mengalami kesusahan bernafas, merasa sejuk dan menggigil, badan merasa sakit, muntah, bibir merekah dan tidak dapat makan.
7. Ibu, abang dan keluarga Si Mati telah sekali lagi dan berkali-kali merayu kepada pihak polis mengenai rayuan dan aduan di atas tetapi mereka telah langsung tidak mengendahkannya dan membiarkan Si Mati mengalami kesakitan kesengsaraan dan merangkuk didalam penjara polis / tahanan polis sehingga beliau meninggal dunia pada 21.06.2002.
8. Akhirnya hanya apabila mangsa menjadi kritikal, beliau telah dimasukkkan ke Hospital Putrajaya. Itupun beliau diwadkan dalam sebuah bilik tahanan yang bercermin dan keluarga tidak dibenarkan mendekati beliau. Keluarga Si Mati telah tidak diberitahu dengan segera mengenai kemasukan Si Mati ke dalam hospital dan tahap kesihatannya. Ibu dan keluarga mangsa juga telah tidak dibenarkan mendekati Si Mati (kecuali sekali) dan hanya dibenarkan melihat Si Mati dari luar bilik cermin tersebut. Ibu dan keluarga juga telah tidak dibenarkan membawa Si Mati ke Pusat Perubatan Pakar yang lain walaupun permintaan dan rayuan dibuat kepada pihak polis dan / atau hospital. Akhir sekali Si Mati yang hanya berumur 19 tahun menghembuskan nafas terahirnya pada 21.06.2002.

9. Pihak keluarga mangsa telah juga berkali-kali merayu untuk diberikan laporan Post Mortem tetapi sehingga ke hari mereka masih belum mendapatnya.


10. Keluarga mangsa juga “was given a run around and made to wait for hours” sebelum dapat menuntut jenazah mangsa.


Revision / Judicial Review

11. Pada 21.06.2002 juga Tuan Majistret Tuan AZHANIZ TEH Majistret, Mahkamah Majistret Kajang telah hadir di Hospital Putrajaya dalam kehadiran Peguamcara keluarga Si Mati iaitu En P.Uthayakumar, Pegawai penyiasat Chief Inspektor Azmi Abdullah (I/12553) dan Dr. Lee Yong See. Pada hari tersebut kami telah memberitahu dan memaklumkan kepada Mahkamah bahawa keluarga Si Mati tidak akan menuntut jenazah selagi mereka tidak diberikan sesalinan laporan Post Mortem.




En P.Uthayakumar telah selanjutnya memohon kepada Tuan Majistret tersebut untuk perintah-perintah seperti berikut:



(a) Untuk perintah (Order) bahawa pihak Hospital Putrajaya untuk menjalankan Post Mortem secara segera dan / atau dalam tempoh 24 jam.


(b) Untuk perintah (Order) bahawa pihak Hospital Putrajaya 

menyampaikan sesalinan Laporan Post Mortem kepada keluarga Si Mati 

secara segera dan / atau dalam tempoh 24 jam.


(c) Lain-lain Rekod Hospital yang berkenaan disampaikan kepada keluarga 

Si Mati secara segera dan / atau dalam tempoh 24 jam.



(d) Untuk merekodkan terutamanya tetapi tidak terhad kepada aduan 

abang Si Mati seperti dalam Item 3 dan 4 diatas dan kesan-kesan luka dan kesan-kesan lebam terutamanya tetapi tidak terhad kepada satu “slash mark” di bahagian belakang di atas “anus” Si Mati yang berukuran diantara 1 - 2 inci.


(e) Untuk membenarkan keluarga Si Mati mengambil gambar-gambar dan 

rakaman pita video terutamanya apabila pihak Special Branch 

dibenarkan berbuat demikian.


(f) Merekodkan prosiding Mahkamah pada hari tersebut.



Tuan Majistret tersebut telah tidak membenarkan permohonan-permohonan keluarga Si Mati seperti di atas dan Revision / Judicial Review ini dihadapan Y.A. Hakim pada hari ini.


Kami dengan ini merayu dan memohon kepada Y.A. Hakim supaya memerintahkan bahawa:-


Mahkamah Tinggi yang mulia ini memerintahkan keputusan Tuan Majistret yang tersebut di atas diketepikan dan Pengarah Hospital Putrajaya diperintahkan supaya menyampaikan kepada kami sebagai Peguamcara atau kepada keluarga Si Mati sesalinan Laporan Post Mortem tersebut dalam tempoh dua-puluh empat jam (24) jam dari sini.


Mahkamah Tinggi yang mulia ini memerintahkan Hospital Putrajaya supaya menyerahkan kepada kami atau keluarga Si Mati dalam tempoh 24 jam dari sini kesemua rekod-rekod hospital termasuk tetapi tidak terhad kepada:-


(a) Admission / Medical Records

(b) Temperature chart

(c) Blood Pressure Chart

(d) Head Chart

(e) Medical Notes

(f) Medical Chart

(g) Copy of all lab results



Mahkamah Tinggi yang mulia ini merekodkan aduan kata keluarga Si Mati seperti yang dinyatakan di dalam Perenggan 3 dan 4 sperti di atas .


Untuk makluman Mahkamah yang mulia ini, kami telah melalui surat kami yang bertarikh 21.06.2002 kepada Dr. Raja Alang Yaacob bin Raja Ridzuan, Pengarah Hospital Putrajaya memohon untuk laporan Post Mortem tersebut (sesalinan surat kami yang bertarikh 21.06.2002 dilampirkan disini). Kemudian pada 22.06.2002 kami telah membuat rayuan yang sama secara lisan kepada Dr. Lee Yong See dan lain-lain kakitangan Hospital Putrajaya tetapi sehingga ke hari ini kami masih belum disampaikan dengan sesalinan Laporan Post Mortem tersebut.


Demi ketelusan (transparency) dan akauntability dan supaya tidak ada tohmahan yang Laporan Post Mortem tersebut “was tampered with” terutamanya dalam keadaan di mana keluarga Si mati mempertanggung-jawabkan pihak polis dan pihak Hospital Putrajaya berkenaan dengan kematian Si Mati maka kami membuat Rayuan / Semakan / Judicial review dan memohon perintah-perintah seperti yang di pohon di sini. 


Kami dengan ini dengan rendah diri memohon supaya Mahkamah yang mulia ini menetapkan suatu tarikh yang awal untuk mendengar perkara ini memandangkan yang perkara ini adalah segera dan harus didengar dalam Mahkamah terbuka. 


Sekian Terima Kasih.

Yang benar,

c.c. 
1. PRESIDEN, BAR COUNCIL MALAYSIA
2. SELVAMONY
3. PRIM