Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Kena Tipu Lagi!!??

Dengan berlangsungnya kenyataan olih Pak Lah semalam, ternyata dan terang dah kena tipu lagi rakyat Malaysia. Kalau macam itu, bukan letak jawatan namanya!!!. tapi formula "Penyamun Tarbus atau Ali Baba Bujang Lapuk Kembali Daaa!!!" . Itu formula yang kemungkinan jadi atau tidak, jatuhnya.

Kununnya 1 setengah tahun diperlukan untuk proses pengalihan. Cirit kamulah, untuk apa begitu lama masa diperlukan bagi tujuan itu.

Cuba guna otak tu betul betul, fikirkan apakah lojiknya:

1. Bongok dan bengap sesangatkah bakal sipenganti berkenaan sampai perlu kepada masa sebegitu panjang?. Kalau mengajipun agaknya dah berpuluh puluh kali khatam untuk tempoh sebegitu. Sekaligus pengumuman tersebut seantaro dunia diminta untuk memperakui bahawa Pak Lah dan pimipinan UMNO yang lain memang tergolong sebagai pemimpin pemimpin yang lembab dan bebal, maka adalah perlu diberi masa untuk 1 setengah tahun tersebut. Itupun orang UMNO tak nampak atau buat buat tak nampak, maklumlah nak kekalkan budaya menipu mesti sesekali kena tipu, tak begitu?.

2.Kalau macam tu, bagaimana? kalau siMahathir tu tup tup mati!!!!, apakah perlu jangan tanam mayat dia untuk tempoh 1 setengah tahun? sebab nak buat proses alih kuasa. Kalau tidak haru biru sipolan yang ambil alih. Childish betul pemimpin Malaysia ni.

3. Indonesia sewaktu pertukaran dari Gus Dur kepada Megawati, atau Arroyo dari Estrada di Philippina, apakah tempoh sedemikian mereka telah ambil?. Kalau nak dibandingkan suasana negara mereka dengan kita , kita adalah jauh lebih lebih baik walaupun dalam ketegori teruk. Tapi mereka tak perlu tipu rakyat sebegini rupa untuk tukar presiden. Peralihan mengambil masa singkat dan negara tersebut menunjuk kearah pemulihan yang positif. Yang letak jawatan kembali kepada keadaan hidup yang biasa. Kalau nak tipu, tipulah ahli UMNO atau tipu bini, bolihlah tapi bukan tipu rakyat Malaysia. Dasar UMNO biasalah!!! telunjuk lurus, kelengking berkait. Adalah Agenda jahat sedang diatur oleh sihaprak tu.

3. Dulu masa pecat DSAI, kenapa tak tunggu 6 bulan atau 1 tahun ke. Puhhh!!! belum apa apa, tanpa fikir kepentingan tugasan terhadap negara, 24 jam kasi terajang dari semua jawatan parti & kera jaan. Apakah tidak ada justifikasi waras akan betapa penting proses pengalihan tugas perlu dibuat?. Lagipun kan jawatan yang dipegang beliau waktu itu juga penting dan perlukan masa untuk pengalihan tugas. Apakah waktu tu tugas TPM & Menteri kewangan tak penting sebagaimana sewaktu siMahathir ni pegang. Tak habis habis nak menipu. Taik kucing punya pemimpin. Nak tipu ahli UMNO atau anak bini kamu silakan tapi bukan rakyat Malaysia.

4. Perdana Menteri Jepun tu dah beberapa kali tukar, datang dan pergi. Ada dengar mereka kata yang mereka perlu 1 setengah tahun tangguh perletakan jawatan tersebut semata mata untuk proses pengalihan tugas?. Tak ada pun. Bolih pun negara tu terus maju dan bagi pinjam duit pada negara lain termasuk Malaysia. Tak ada hal pun, negara mereka terus bernyawa dan meneruskan pemerintahan tanpa ba bi bu macam puak UMNO ni. UMNO ni kokok aje lebih ekor bergelumang dengan tahi. Agaknya kalau UMNO ada kat Jepun, alamat haru birulah otak dan hidup simamat dan minah pendek kat sana tu.

Kesimpulannya, rata rata rakyat tidak dapat menerima akan lojik dan kerasionalan langkah langkah yang diumumkan olih Pak Lah semalam. Tanyalah rakyat dijalan dan diserata negara, jangan terkejut 1 dalam 1,000 yang akan terpedaya dengan cakap pemimpin UMNO/BN ni. UMNO/BN masih memilih cara menipu, bersandiwara dan seumpamnya dalam mencari serta mendakap semula keyakinan rakyat terhadap mereka, namun mereka lupa dan dungu untuk menghidu bahawa rakyat masa kini bukan mudah untuk diperdaya serta ditipu kecuali bagi mereka mereka yang berstatus "Lembu/Kerbau (Jantan Betina) belaan UMNO/BN".

Perlu dingat terutamanya ahli UMNO yang tengah berangan angan nak jadi PM/TPM dll, bahawa jangankan 1 setengah tahun, tapi dalam 1 setengah haripun si haprak ni bolih buat macam macam auta dan kecewakan kamu semua orang. Bagi dia UMNO dan Malaysia ni adalah warisan harta datuk & bapak dia. Jadi suka hati dialah nak buat apa!!!!!!.

P'kayu