Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Jun 2002 - Oktober 2002 = Konspirasi Jatuhkan Pak Lah

Assalamualaikum Wbrt dan Salam Sejahtera

Saya mendoakan kesejahteraan buat semua penyokong BA khususnya serta penyelidik UMNO&BN amnya.

Baru sahaja petang tadi saya mengeluarkan satu mesej kepada umno-online.com bagi mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Dr. M dan mengucapkan selamat bertugas kepada Pak Lah. Rumus yang saya terima dari kenalan agensi media mengatakan Pak Lah akan menjawat jawatan tertinggi ini, namun agak memeranjatkan sebaliknya berlaku.

Izinkan saya mengeluarkan kenyataan di atas analisa saya ( mungkin teman-teman lain punya pandangan yg berbeza dari saya ) tentang 'announcement' sebentar tadi.

Saya menjangkakan bahawa bermula hari ini Jun 2002 sehingga Oktober 2003 kelak adalah permulaan kepada kejatuhan Pak Lah atau lebih mudah dipanggil konpirasi politik terhadap Pak Lah.

Alasan saya berdasarkan 2 faktor :

1. Pak Lah setakat ini tidak disabitkan dengan mana-mana gejala rasuah besar melainkan salah guna kuasa sahaja maka amat susah bagi pihak Dr. M untuk menyingkir Pak Lah dari UMNO, lantas satu strategi baru dirangka bagi memastikan Pak Lah dicantas lebih awal sebelum Oktober 2003. Alasan yang diberikan ialah tidak lebih dari " Pak Lah gagal mentadbir negara ketika memangku jawatan PM", "Pak Lah tidak cekap mengendalikan isu-isu kronik" dan pelbagai lagi isu yang akan dibangkitkan kelak. - Maka Dr. M mempunyai peluang luas selepas itu untuk melebarkan sayapnya dan terus berkuasa lagi bagi mencari pengganti Pak Lah yang mungkin memakan masa 1 atau 2 tahun lagi.

2. Mengapa Dr. M harus mengambil selama 17 bulan untuk peralihan kuasa kepada Pak Lah, di manakah letaknya sistematik dan signifikan seandainya Dr. M memerlukan tempoh 17 bulan untuk menurunkan sepenuh kuasa pada Pak Lah. Tindakan ini boleh diragui dan Pak Lah harus bersedia dalam hal ini.

Perlantikan Megat Junid Megat Ayub dalam Pengurusan UMNO membuktikan Mahathir punya cita-cita untuk kekal lama.

Saudara yg saya kasihi, tugas kita semakin berat. Saya pada mulanya menjangkakan Dr. M mungkin telah benar-benar insaf, sebaliknya dia adalah PEMBOHONG!!

1. Dr. M berbohong kepada penyokong fanatiknya yang sudi mengalirkan air mata untuknya.

2. Dr. M berbohong kepada media dan rakyat Malaysia

3. Dr. M berbohong kepada naib-naib presiden dan MT UMNO sehinggakan setiap seorang membawa andaian dan rumus yang tersendiri

4. Dr. M tergamak membohongi anak dan isterinya yang benar-benar menyangka bahawa beliau ingin berihat.

Tugas kita saudara, semakin berat. Doa dan harapan kita untuk melihat DSAI keluar lebih awal dari penjara nampaknya tidak membawa sebarang harapan.

Mari mulakan langkah kita semula, langkah yang diatur sama langkahnya, pastikan p/raya kecil Pendang dan Anak Bukit ini kembali kepada BA, semua harus terlibat, seluruh penyokong BA dari serata Malaysia harus kembali. Ustaz Fadzil meninggalkan kita tanggungjawab untuk kita mengekalkan kerusi Pendang dan Anak Bukit.

Ayuh perwiraku, persetankan sumpah seranah dari UMNO terhadap kita, biarkan mereka dengan labunya ( syok sendiri )

Mari kita hidupkan kembali semangat LUNAS dan berjanjilah saudaraku sekalian, sebagaimana sayangnya kita terhadap Ust. Fadzil begitulah juga sayangnya kita pada 2 pilihanraya ini dari jatuh ke tangan kerajaan pemerintah.

Jazakumullah Khairan Kathiran

Wasallam

-Adie KeADILaN Segambut-
25 Jun 2002
8.32 malam