Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Mahathir Nak Lari Dari Masalah Negara?

Ada yang terkejut beruk serta meraung sakan dengan PERLETAKKAN JAWATAN MAHATHIR@MAHAHAPRAK DARI JAWATAN PRESIDEN UMCINO, tapi lebih 20 juta rakyat marhaen ketawa terbahak-bahak dengan sandiwara sensasi beliau ada ka jenis manusia dalam dunia letak jawatan 1 jam aje ..????? 
 
Isu pokoknya adalah ,tak kira Mahahaprak tu nak bersendiwara atau betul-betul letak jawatan, kita tak perlu ambil peduli itu masalah Mahahaprak dengan UMCINO@BN. Ia bukanya masalah rakyat marhaen. 
 
Tapi perlu di ingat, MAHAHAPRAK@MAHATHIR sebenarnya nak lari dari masaalah yang direka ciptanya sendiri serta membebankan negara dan rakyat. 
 
1. Terbabit secara lansung dalam konspirasi memfitnah DSAI. Dalam kes rayuan DSAI , Ketua Hakim Negara berjanji keputusan rayuan akan diberi selepas 2 minggu penghujahan para peguam, kini dah hampir 2 bulan, keputusan tersebut gagal dibacakan, Ketua Hakim Negara akan bersara hujung bulan ini. (maklumat terkini :- Pihak Mahkamah Rayuan mendapati tiada kes salah guna kuasa dan hak mempertahan diri dinafikan oleh mahkamah terhadap DSAI, dan ia perlu dibebaskan segera, tapi Mahathir membantah kerana ia akan meledakkan gerakan REFORMASI PERINGKAT KE 2 di Malaysia ). 
 
2. Penghinaan beliau terhadap Islam dan Ulama di Malaysia. ( Penghinaan terkini :- Mengenai Hukum Hudud & Qisas, serta memperlekeh ISLAM yang dia tidak faham mengenainya kerana bercakap dengan hukum akal ). 
 
3. Mahahaprak gagal memulihkan ekonomi negara, walaupun ia mengaku Malaysia berjaya menyelesaikan masaalah ekonomi dengan acuan sendiri tanpa membuat pinjaman dari IMF dan Bank Dunia, tapi perkara yang sebenarnya Mahathir@Mahahaprak telah mengadaikan Negara kepada orang luar melalui penjualan BON-BON yang dijamin oleh Bank Negara, kini lebih RM 500 billion BON-BON tersebut dilanggani oleh penjajah, kini telah tiba waktunya BON-BON tersebut perlu dibayar semula bersama keuntunganya .tapi perkara yang sebenarnya Syarikat swasta atau Kerajaan tak mampu untuk membayar kembali kepada pembeli BON-BON tersebut.Kawalan matawang yang direka cipta olehnya telah memakan diri sendiri. 
 
4. Perbuatan beliau menghina orang Melayu telah menyebabkan beliau dimakan sumpah sejak beliau menghapuskan kuasa raja-raja Melayu sehinggakan hak ketuanan Melayu mahu dirampasnya, Mahahaprak telah menjadi musuh rakyat marhaen serta ahli UMCINO@BN sendiri. 
 
5. Kronisme dan Nepotisme telah menjadi Mahahaprak@Mahafiraun seorang MAHARAJA di Malaysia, beliau telah menghalalkan segala harta rakyat marhaen dirampas secara professional oleh para kroninya. 
 
6. Masaalah dalaman UMCINO@BN sendiri telah menyebabkan beliau fed-up nak untuk terus bersama penjilat serta pencacainya. 
 
7. Sikap gergaji dua matanya terhadap kaum CINA dan INDIA di Malaysia telah menjadikan beliau tak senang duduk kerana ditekan oleh peniaga besar dari kedua-dua kaum ini, yang utamanya dia telah berjanji kepada dua-dua kaum ini, bahawa beliau akan memberikan hak sama rata-rata seperti apa yang diterima oleh kaum bumiputra Malaysia. 
 
8. Lebih dari 100 lapuran POLIS mengenai kesalahan Mahathir@Mahafiraun masih tak dibacakan oleh pihak Mahkamah, kini Mahahaprak tak sanggup untuk hadir didalam kandang orang salah di dalam mahkamah. ( Jadi saksi kes DSAI pun dia berdolak-dalek, kecut perut .itu baru jadi saksi ini pulak kena jadi tertuduh). 
 
9. Mahathir@Mahahaprak tak mampu untuk mempertahankan para perasuah serta pencuri harta rakyat marhaen tajaannya, kerana mereka-mereka terlalu dungu dan bodoh apabila tak mampu menutup rahsia kejahatan mereka. Tak kurang juga dalam kes moral pemimpin UMCINO@BN yang sahih terbabit dalam kes salah laku seks serta berlawanan dengan hukum Islam. 
 
10. Mahathir@Mahafiraun sedar kali ini saat kehancuranya telah sampai, jika ia gagal bertindak awal, mungkin dia hanya menjadi Perdana Menteri bersama anggota Kabinetnya di Sungai Buluh sehaja. 
 
 
Walaupun kita beribu alasan untuk menjadikan Mahathir@Mahafiraun lari dari tanggungjawapnya, tapi perlu diingat MAHATHIR ADALAH JENIS MANUSIA SUKA LONTAR BATU SOROK TANGAN kini Pak Lah bakal menjadi kambing hitam dia pula. 
 
** Berita yang diterima, Pak Lah adalah Perdana Menteri, Najib Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri ..kemungkinan besar Mahathir@Mahafiraun akan dilantik menjadi MENTERI KANAN dengan keputusan mesyuarat BN yang akan dilansungkan pada 25hb.Jun.2002 (Selasa). Jika jawatan MENTERI KANAN tersebut tak diluluskan Mahathir@Mahafiraun tak akan kembali lagi ke Malaysia . Itulah alasanya dia bercuti 10 hari keluar Negara, tetapi beliau telah memasang jerangkap samar terhadap Pak Lah serta rakyat marhaen. Kini terpulanglah kepada Pak Lah untuk menyelesaikan masaalah yang diberikan oleh Mahathir@Mahafiraun. 
 
Tak perlu kita terkejut dengan keputusan mesyuarat pemimpin BN besok keputusan tersebut telah dirancang, cuma perlu diluluskan oleh mesyuarat tersebut untuk menghalalkan cara sehaja. Biar mereka menanggung BIAWAK HIDUP LIDAH BERCABANG TIGA . Ia hanya gimmik politik UMCINO@BN. 
 
Apapun terjadi Mahathir@Mahahaprak telah menjadi rakyat marhaen mangsa kezaliman serta kerakusan regim zalimnya. Rakyat mahaen tidak pernah memaafkan Mahathir@Mahafiraun, walaupun keluar hingus hijau beliau merayu atau menangis sakan memohon ampun dan maaf ..perlu diingat lebih 20 tahun dia menyesatkan rakyat marhaen dengan mimpi indah yang penuh kepalsuan, tup-tup .beliau sendiri telah menyarungkan tali gantung terhadap rakyat marhaen. Itulah dasar ANJING TERSEPIT, MENGIGIT JIKA DI LEPASKAN . 
 
Tak perlu rakyat marhaen nak merayu kepada Mahathir@Mahafiraun untuk menjadi Perdana Menteri semula !!!!! Biarkan di terjun dengan labu-labunya .. lagi kita pujuk lagi jadi Kacang naik junjung jadinya ..silap-silap kita terpaksa gadai anak-bini pada dia pulak. 
 
Kini saat dan ketikanya dah sampai untuk mengerakan LEDAKAN REFORMASI MUSIM KEDUA DI MALAYSIA, kuatkan gerak jentera BA serta perjuangan ISLAM yang hakiki untuk kita mengambil-alih tapuk pimpinan Negara Malaysia. Allah swt telah menjanjikan kejayaan kepada mereka yang berjuang di atas jalan Allah swt dan sabar. 
 
 
RDJU 24hb.Jun.2002.