Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Takziah Dari PSM Buat Keluarga Ustaz Fadzil Noor

KENYATAAN AKHBAR : 23 Jun 2002

PEMERGIAN USTAZ DATUK FADZIL NOOR

PSM TURUT SEDIH

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin melahirkan rasa sedih atas pemergian Ustaz Datuk Fadzil Noor - Ketua Pembangkang Negara dan Presiden PAS.

Pemergiaan beliau pada ketika ini adalah satu kehilangan besar kepada perjuangan PAS dan pembangkang Negara. Kepimpinan Beliau yang sederhana dan moderat merupakan kelebihan beliau dan merupakan satu nilai penting dalam perjuangan PAS.

PSM ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz Datuk Fadzil. PSM juga turut bersedih dengan ribuan penyokong PAS akan kehilangan pemimpin mereka dan berharap kepimpinan beliau akan sentiasa dikenang dan dihormati oleh semua.

Kenyataan Dikeluarkan Oleh:

S.Arutchelvan
Setiausaha Agung,
PARTI SOSIALIS MALAYSIA