Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Kecewa Milik Siapa?

Hari ini 22 Jun 2002 jam 6 petang 

Asar kian menghilang tanpa tunai…masih berhutang!
Maghrib menunggu menunggu….diambang menjelang
Wajahnya radang menggerunkan pada yang bimbang
Yang Satu diikrar dan dilafazkan….janjinya akan dijulang 

Sayang sungguh malang!
Asar diengkar…amalan mengurang
Lagha … telinga menadah yang bengang
Melompong mulut….SiTua mencanang
Agar Melayu dulunya bersatu seruang
Kini hilang makin merewang 

tidak…mereka tiada yang merunsing
Hanya gundah pada SiTua yang kian ketebing….
Dek memikirkan pada yang sekeliling….
Berputar berpusing….. naik pening
Tersungkur rebah…jatuh terguling
Sempit semput serasa diliang
Menyembam muka frust menungging 

Kecewa… oh kecewa..datangnya tak diundangi
Campur tolak darab bahagi…. sentiasa rugi
Makan Berhidang untuk Kroni
M@rhaen menjamah Nasi BASI
Kesian ye! Melayu juga yang kena maki 

Air mata pembuka persembahan
Merajuk sumbing sebagai sandaran
Lantaran meletak jawatan untuk cagaran
Bermodalkan maruah yang bercemaran
… bertaruh perjudian untuk meraih kuasa 

Menang...ertinya berkuasa bertambah habuan
Yang kalah… Melayu… mangsa tak berkeruan 

Ayuh! hapuskan pendayus tualang negara
Menjulang keris Melayu sebagai sandiwara
Konon melayu akan dibela
Hak melayu akan dipelihara
Reserve Melayu akan dijaga
Namun…. semuanya dusta belaka… 


Menjajah Melayu ikut suka dia
Kroni UMNO punya angkara
Budaya primitif bersarang didada
Melayu juga yang PARIA
Dalam bercelaru …menanggung sengsara 
Melayu sudah dipersenda puas……
Sudah kenal buku dengan ruas…. 

Apa tunggu lagi???
Tepuk dada tanya IMAN 

….senja telah ditelan kegelapan…malam..
….Purnama bakal menerangi Alam…
…..bakal menyinari wajah wajah kedamaian
…..bakal mengimbangi keadilan
…..bakal menghiasi keindahan Islam
…..bakal disebut MELAYU ISLAM bertamaddun 


sekian WALLAHU ALAM 



Sorayanii.com
Indera Kayangan
24 Jun 2002