Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Untuk Peringatan Bangsa Melayu dan Ahli UMNO Tulin

I FAILED TO CHANGE THE MALAYS

Tajuk Keratan Akhbar Berbahasa Inggeris

Sekiranya seseorang itu mengakui yang ianya sudah gagal untuk menjalankan sesuatu tugas maka eloklah ia lepaskan tugas itu.

Mahathir Mohamed telah dilantik oleh rakyat terutamanya orang-orang Melayu untuk memperjuangkan dan memajukan bangsa Melayu di tanahair mereka sendiri tetapi dalam tempoh 20 tahun ini nampaknya Bangsa Melayu telah dihina sendiri oleh Mahathir. Hak istimewa orang Melayu telah dipersoalkan oleh beliau. Apakah ini sikap seorang pemimpin yang diharapkan oleh orang Melayu? Nampaknya seolah-olah dia telah menyimpang jauh dari matlamat asal perjuangan dan harapan orang Melayu. Mari kita renungkan apa yang telah dilakukannya selama tempoh dia menjadi PEMBELA atau WIRA Melayu:-

Pembangunan Ekonomi yang berteraskan kepada ekonomi kapitalisma menguntungkan kapitalis-kapitalis bangsa bukan Melayu.

Pendidikan Hak istimewa orang Melayu ditarik dan diserahkan kepada bangsa asing sebanyak 10% secara mandatory yang mana ini akan dikuatkuasakan mulai tahun 2003.

Menggalakkan bangsa Melayu memasuki IPTS bukan Bumiputera tetapi tidak memberi sokongan kepada pembangunan IPTS Bumiputera.

Korupsi kroninisma dan nepotisma seolah-olah dibendung. Orang yang benar-benar melakukan korupsi tidak ditangkap kerana ada kepentingan peribadinya.

Pembangunan Luar Bandar tidak diberi perhatian langsung.

Kurang keyakinan kepada kaedah pemerintahan secara Islamik malahan kadang-kadang mempersendakan hukum al-quran. Dia tidak yakin bahwa undang-undang Islam boleh membenteras maksiat dan banyak lagi. (Senarai akan disusuli kemudian).

Seorang pemimpin mestilah seorang yang alim, bertakwa kepada Allah swt dan bukannya seorang pemimpin yang suka membohongi rakyat.

Marilah kita fikirkan bagaimana cara untuk dia meletakkan jawatan demi kepentingan bangsa Melayu. Terbukti kini dia sudah gagal dan seseorang yang gagal tidak layak menjadi pemimpin. Bukan sedikit masa diberikan, malah lebih dari 20 tahun. Masih lagikah kita mahu dia menjalani ujian? Perjuangan untuk Bangsa Melayu tidak ada batasan masa. Ia haruslah dibuat secara berterusan.

Zoro Malaysia