Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Hudud: Saman Zaid Bukti Umno Menolak Islam

BUKTI UMNO TOLAK HUDUD

 Perbuatan Ketua UMNO Kota Baharu Zaid Ibrahim yang juga merupakan seorang Peguam menyaman KErajaan Kelantan Dan Terengganu berkenaan Soal Undang-Undang HUDUD JELAS membuktikan pendirian UMNO terhadap Hukum Allah itu. Zaid dalam kenyataannya mengatakan tindakan beliau adalah bukan kerana Hukum Islam tetapi kerana Ianya menyalahi Perlembagaan Negara. Ini jelas kepada kita bahawa seorang Muslim yang pernah pula menjadi Presiden Peguam Muslim meletakkan Hukum ALLAH di bawah Perlembagaan Negara. Inilah pendirian UMNO. Saya percaya tindakan Zaid ini mendapat restu dari pucuk pimpinan Tertinggi UMNO.

Sebenarnya tindakan Zaid ini sendiri tidak selaras dengan Pengisytiharan Negara Islam oleh Mahathir. Secara jelas Zaid menyatakan bahawa Perlembagaan Negara adalah lebih tinggi dan lebih benar dari Hukum Allah. Perbuatan ini boleh dianggap syirik kerana meletakkan sesuatu makhluk lebih tinggi dari Allah. Apakah tergamak seorang muslim yang mukmin untuk berbuat seperti yang dilakukan oleh Zaid? Apakah nilai seseorang muslim yang tidak percaya dan tidak yakin kepada undang-undang agama sendiri? Tidak bernilai sedikit pun. Jadi ingin saya bertanyakan kepada Zaid kenapakah dia masih beragama Islam? Carilah agama yang selaras dengan Perlembagaan Negara yang anda dukung itu. Saya juga ingin bertanyakan Zaid, apakah undang-undang ISA itu selaras dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negara? Adakah perhimpunan Aman itu bercanggah dengan Perlembagaan Negara? Kalau Hudud itu dikatakan tidak adil bagaimana pula menahan orang tanpa diberi peluang membela diri? Adakah itu dikira adil? Kalau syarat empat saksi itu dikatakan menyusahkan, bagaimana pula dengan nasib mangsa ISA yang tidak pernah dikemukakan saksi atau bukti tuduhan terhadap mereka? Apakah dikira adil, Perdana Menteri meletakkan syarat untuk datang ke mahkamah? Apakah adil Perdana Menteri minta soalan sebelum hadir ke mahkamah?

Jadi bolehlah kita buat kesimpulan bahawa, UMNO - Dulu, Kini dan Selamanya menolak ISLAM. Janganlah kita meletakkan sebarang Harapan yang UMNO akan menegakkan Islam. Sebagaimana kita tidak meletak harapan kedamaian kepada Israel. UMNO dan Israel adalah serupa walaupun tidak sama. Walaupun UMNO berkata mereka tidak menolak Islam, tetapi itu hanya pada mulut sahaja. Allah telah memperlihatkan apa yang ada di hati mereka dengan tindakan Zaid Ibrahim ini. Cuma nasihat saya kepada Zaid, walaupun dah berpuluh tahun jadi peguam tetapi adakalanya bodoh juga. Kalau benar-benar anda hendak mencari undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara, silalah semak ISA, Akta Polis bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Negara malah bercanggah dengan Hak Asasi Manusia mahupun haiwan.