Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

SURAT TERBUKA KEPADA PAS (3)

Dr. AQ~ SURAT TERBUKA KEPADA PAS (3) 

DASAR RANCANGAN

Dengan kata lain, dasar rancangan parti, untuk diketengahkan ke dalam masyarakat semasa diadakan pilihan raya, dikenal dengan nama manifesto. Seperti ramai mengetahui, bahawa MANIFESTO merupakan surat perjanjian antara pengundi dengan parti atau calon. Kontrak sosial ini meliputi semua bidang kehidupan. Manifesto yang baik ialah manifesto yang mengisi pilihan bidang utama dan penting dengan perancangan yang jelas. Bidang berkenaan secara langsung menyangkut kehidupan asas rakyat. Ia sesuai jika manifesto tersebut dinamakan MNIFESTO RAKYAT, satu janji tulen yang berancang. Bidang kehidupan berkenaan ialah mengenai TANAH, AIR, API DAN ANGIN, unsur asas bagi sesuatu negara. Malahan unsur berkenaan adalah mengenai diri manusia itu sendiri. Untuk hidup badan dijadikan dari tanah ; air untuk menyegar dan menjaga kesihatan ; api iaitu darah mengalir memberi daya gerak dan ; angin untuk pernafasan, menggerakkan jantung dan pemeliharaan darah.

Suatu bangsa yang tidak ada tanah dan air [bahasa Melayu menyebut tanah-air untuk menyatakan negeri atau kampung halaman mereka, merujuk kepada betapa penting unsur itu kepada orang Melayu. [Definisi orang Melayu dalam perlembagaan itu kurang lengkap kerana unsur tanah dan air tidak disertakan, bukan ? Hak istimewa orang Melayu yang tersebut dalam Perlembagaan sudah tidak kukuh lagi]

TANAH

Jadi siapa yang menguasai tanah maka merekalah raja yang sebenar. Mereka yang punya tanah disebut tuan tanah, manakala dalam bahasa Inggeris disebut sebagai sebagai Lord iaitu land lord . Bilangan rakyat dari tahun ke tahun kian bertambah ; dan mereka memerlukan tanah, bukan sahaja untuk mendirikan rumah, tetapi juga untuk perkebunan melanjutakan kehidupan mereka Tanah kian berkurangan dan harga kian mahal. Justeru itu tanah tidak boleh dimiliki oleh individu lebih daripada hak kediaman. Tanah diberikan kepada persatuan seperti persatuan ibu bapa, sekolah, maktab, universiti, kelompok peladang, nelayan, keselamatan, guru, pemandu kenderaan, kesatuan buruh, hospital dan segala badan koperasi atas dasar saham dan perkhidmatan. Dasar rancangan yang bersifat kolektif**boleh menurunkan spekulasi dan ketidakadilan usaha mengenai tanah. Hukum semula jadi manusia dan masyarakat memerlukan kerjasama ; hukum sosial dan budaya pun begitu memerlukan gotong royong . Atas asas ini maka terbina masyarakat yang berdaya gerak dan tinggal dalam aman. Negara yang memakai sistem lain dalam penerapan pembangunan telah menimbulkan kacau balau, bilau, bilar dan rebutan samseng.

Raja Tanah dan Sejarah

Dasar geran putih atau geran bebas ini hendaklah dihapuskan. Syarikat gergasi yang menguasai ratusan ribu ekar tanah diwajibkan menjual tanah kepada kerajaan.[mengapa Tabung Haji dan Badan Kemajuan Ekonomi Negeri tidak membeli tanah orang Melayu dengan harga pasaran ?] Sebab rakyat bawahan sedang dihimpit oleh Raja Tanah dan Pemaju. Bangunan tinggi di keliling perumahan rakyat sudah merupakan BATU NISAN kepada mereka. Tanah rakyat sentiasa jadi perhatian gergasi tanah dan tercabar oleh harga dan peraturan yang sering berubah. Pejabat tanah yang sering disebut-sebut sebagai satu daripada beberapa sarang rasuah pun memainkan peranan yang menyegarkan projek si Raja Tanah dan Pemaju.

Mereka terpaksa menjual kepada syarikat atau Raja Tanah. Ramai Melayu tidak dapat bertahan, lantas berpindah ke pinggir kota. Contoh antara lain : Lihat sahaja Kuala Lumpur dengan kampung Kerinci, Abdullah Hukum, Nokhoda, Gombak, Selayang dan lain-lain yang dahulu diteroka oleh orang Melayu. Bukan Yap Ah Loi yang menamakan kampung Kuala Lumpur dengan nama Kuala Lumpur. Begitu juga semua nama kampung di sekitarnya yang diduduki oleh orang Melayu dari berbagai suku kaum Melayu yang tidak ada sempadan di Kepulauan Melayu ini waktu itu. Apa sudah jadi dan sedang jadi kepada saki bakinya ? Seperti juga Singapura yang sudah memadamkan Temasik dan keturunan Sultan Husain dilenyapkan dengan UMNO dan Perikatan (Alliance) di bawah Allahyanrham Abdul Hmid bin Jumat dan Lim Yew Hock... TANAH, TANAH, TANAH, TANAH MELAYU YANG LAYU DAN SI MELAYU AKHIRNYA TERKAYU !

NOTA : APAKAH PAS DAN KOMPONEN BA (Biro Berkenaan) SUDAH MENGUMPUL BANYAK BAHAN MENGENAI TANAH DAN PERIHAL YANG BERKAITAN DENGANNYA ??? Kami jangka belum lengkap, bukan ?

AIR dan MINYAK

Satu pengawasan dan jaminan kepada rakyat tentang tanah dan air hendaklah dirancang dan dijadikan dasar kolektif. Masalah air merupakan masalah besar, bukan sahaja pemberian Allah sebagai bahan semula jadi tetapi sekarang telah dimiliki oleh golongan peribadi atau atas nama syarikat. Sebab dikatakan kerajaan tidak mampu memberikan khidmat yang lebih baik. Begitu juga oleh kerana tanah didapati melalui kemampuan kewangan individu dan syarikat gergasi, maka sekali gus air yang berkhasiat iaitu air galian dikuasai oleh mereka. Berbagai jenis air galian boleh didapati dalam pasaran sekarang. Malahan dari luar negeri pun diberi tempat bersaing .

Dalam hubungan dengan tanah, maka penguasaan air juga tidak boleh begitu longgar kedudukan khidmat mereka menambun untung sehingga apa yang ada dalam tanah dibolot oleh mereka tertentu, melalui berbagai jenis syarikat yang pengaruh politik.

Mengenai minyak sepatutnya pihak PAS Terengganu lebih arif mengemukakan isu dengan data se4tempat, perbandingan, undang-undang dan pembahagian harta dan khidmat yang adil dalam semua segi. Isu negatif tentang tingkah laku anak mas dan anak sendiri bagi pimpin PAS yang berkuasa hendaklah dihapuskan

API

Bidang tenaga ini perlu beri perhatian berat oleh pembuat dasar pembangunan supaya keuntungan tidak melampau dan jatuh ke tangan orang luar . Kajian tentang isi perjanjian dan bidang sampingan yang berkaitan dengan tanah, air, minya, api dan angin hendaklah dipantau dari masa ke masa oleh parti politik dan kaum terpelajar dalam setiap bidang terutama peguam.

ANGIN

Ruang angkasa begitu berharga, bukan sahaja untuk keselamatan tetapi juga dipakai untuk perdagangan. Kapal terbang , kebersihan udara dan komunikasi tidak terlepas daripada kepentingan rakyat. Telefon begitu perlu untuk hubungan dan penerangan.

Namun demikian, siapakah Raja Angin yang menguasai saham hak rakyat ini ? Setakat mana manfaat komunikasi diberikan kepada rakyat dengan beban bayaran dan cukai berbanding dengan mereka yang menguasai berbagai syarikat besar dan kecil ?

gerai telefon bimbit ada ribuan di jalanan luar dan dalam bangunan bandar besar dan kecil. Siapa-siapa mereka yang di atas mendapat saham dan lebihan harga ? Bagaimana dengan pencerobohan ruang angkasa kita dan hak internasional ?

PENDIDIKAN & KESIHATAN

BA hendaklah mengusahakan supaya pendidikan dan kesihatan diberikan percuma kepada rakyat. Kekayaan negara ditumpukan pada pembinaan bagi kekuatan rohani dan jasmani. Dalam masa yang pendek dua bidang berkenaan akan memberi jasa yang lumayan kepada pembangunan yang diinginkan. Syarat penting ialah bidang tanah, air, api dan angin diatur dengan baik. Hasil mahsul boleh menampung dua bidang tersebut dan rakyat cukup pakai, makan dan minum. Tumpukan perbelanjaan atau budget pada faktor tersebut, bukan pada menarik pelancong dan pembinaan projek mewah bersifat gajah putih

Sepatutnya kedudukan tanah, air, api dan angin di mana sahaja dalam dunia ini tidak lagi menimbulkan masalah besar. Sebab empat faktor pokok itu adalah nikmat pemberian Allah kepada makhluk. Setiap orang, termasuk haiwan, berhak mendapat rezeki sebagai tapak atau asas hidup masing-masing. Justeru itu gejala buruk yang berlaku seperti pembolotan dan penaklukan secara langsung dan tidak langsung ke atas harta Allah ini, hendaklah dihindarkan oleh penguasa yang diberi kuasa oleh rakyat.**Seperti yang disebutkan di atas, bahawa semua usaha yang berkaitan dengan pembahagian kekayaan, hendaklah bersifat kolektif. Campur tangan bersifat faedah bagi individu atau se kumpulan kecil manusia, menjadikan keadaan tidak adil. Malahan PAS sendiri pun, akan menghadapi kesukaran dan menjadi buntu dalam pentadbiran negeri Kelantan dan Terengganu apabila si individu dan segelintir orang diberi kemudahan dan peluang tertentu , bukan ?

Pemikiran hendaklah diambil daripada mereka yang pakar dalam setiap bidang kehidupan. Jika pemikiran hanya bergantung pada orang dalam sahaja , memandang sepi kepada pendapat orang lain, [penulisan ini bukan sesuatu yang terbaik ; tetapi boleh juga bertanding dengan setengah daripada pemikiran pemimpin PAS yang bermegah dan berlagak semua tahu : saya juga telah berfikir begitu tetapi.... ] maka PAS dan komponen BA, tidak berbeza dengan hasil perjuangan UMNO yang hanya dapat menabur gula kepada semut untuk berkumpul dan jangan menggigit. Tolak politik ala semut. Kelemahan pentadbiran PAS di Kelantan dan di Terengganu dalam memberikan pertolongan kepada orang perorangan, telah menjadi rujukan perbualan ramai, dan ia sampai juga ke warung kopi di Kuala Lumpur dan di negeri lain.

NOTA : APAKAH PAS DAN KOMPONEN BA (Biro Berkenaan) SUDAH MENGUMPUL BANYAK BAHAN MENGENAI AIR, API, ANGIN, PENDIDIKAN [Bagaimana dengan bahan tentang PENDIDIKAN yang di bawah tugas Dato Dr Hassan bin Ali ?] DAN KESIHATAN ? DAN SEGALA HAL YANG BERKAITAN DENGANNYA ??? Kami jangka masih banyak yang kurang, bukan ? .

 

Maaf terdapat ejaan yang salah taip dan ayat yang kurang sempurna dalam banyak penulisan saya. Insya Allah bersambung ke surat (4)

Dr. AQ~ Jun, 2002.