Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Once Upon A Time In Putra Jaya

Suatu hari di Putrajaya sebuah drama khas sempena meritokrasi dan agenda terselindung disebaliknya.

semua haiwan yang berlakun adalah mereka yang terkena sumpahan rakyat marhaen lantaran kerakusan hawa nafsu bersultan di hati beraja di mata.

sifat kehaiwanan mereka memercik ke atas seluruh rakyat yang terpaksa nernaung di bawah lembayung shit golongan tersebut akibat kesilapan mereka dalam pilihan raya yang lalu .semoga drama ini dapat menyedarkan kita betapa perundangan rimba tidak bersesuaian langsung dengan ketamadunan manusia dan harus dilemparkan segalanya ke laut dalam pilihanraya akan datang.

InsyaAllah.


Pada suatu hari ada seekor beruk yang menguasai kawasan hutan telah mengadakan mesyuarat.


Beruk itu bernama mat kelentong.tiap hari dia bermesyuarat dengan pegawainya macammana nak menambah perbendaharaan kerajaannya yang luas itu.

Pada suatau hari seekor beruk telah mencadangkan agar mata pelajaran sains dan matematik di ajar dalam bahasa lotong.ramai ahli kabinet tidak bersetuju kerana cadangan tersebut tidak relevan apa kena mengena bahasa lotong dalam subjek matematik dan sains dengan menambahkan perbendaharaan kerajaan?maka riuh rendah pokok umno yang mereka bergayut tu sampai nak tumbang sebab tempik sorak kabinet yang marah.seekor badak air yang mandi di tepi sungai tersebut memekik dan memarahi beruk tersebut kerana membuat bising ketika dia sedang bersantai.

"Oii beruk yang tamak apa kena korang ni tak ade kerja lain ke asyik nak merompak harta rakyat aje"

Kesianlah sikit pada rakyat kamu yang tertindas begitulah badak air selalu memberi nasihat dan teguran.

"Oii badak berendam kau diam lah kau tu tak ada kerajaan memanglah tak faham masalah negara,yang kau tahu berendam aje." tempik menteri penerangan beruk.

Badak air berlalu dari situ.bukan dia tak ada kerajaan tapi komunitinya sikit aje dalam hutan itu mana mungkin mereka nak berpolitik walaupun mereka adalah komuniti asli di hutan itu .setakat beberapa ekor badak yang mana mereka banyak menghabiskan masa berendam dan mengawasi ank kecil mereka dari dibaham buaya.

Raja mat kelentong pun bertanya pada beruk yang memberi cadangan tersebut kerelevanannya usul tersebut.


Beruk tersebut adalah menteri pendidikkan yang paling kontroversi dalam kerajaan beruk dihutan tu dia pernah terlibat dalam konspirasi menjatuhkan seorang timbalan perdana menteri mat kelentong yang juga pernah menjawat jawatan menteri pendidikkan tapi kini terpenjara di penjara buluh betung di tepian sebuah sungai.penjara itu dinamakan penjara sungai buluh dan mereka telah mengupah ramai gorilla untuk menjaga penjara tersebut.

Beruk tersebut juga digelar si pendek kerana saiznya yang ketik tuh.

Dia mengatakan apabila mata pelajaran matematik dan sains ditukar kepada bahasa lotong ini akan menyebabkan buku teks tersebut terpaksa di cetak baru dan memberi peluang kepada kroni untuk mengaut untung bagi pihak kerajaan.bayangkanlah ratusan ribu pelajar menggunakan buku tersebut dan kerajaan terpaksa bail out kepada kroni disamping memeras ibu bapa membeli buku teks tersebut?

Semua kabinet beruk terlopong mendengar cadangan panas menteri pendidikkan tersebut.

Buku-buku kerja juga dicetak dalam bahas lotong dan bayangkan hasilnya kali ratusan ribu pelajar dan guru yang terpaksa membeli dan berapa banyak untung syarikat kroni kita.

persaingan pelajar beruk dan lain-lain komuniti seperti mawas dan kera akan menjadi lebih senget keranan bahasa baru tersebut.kera dan mawas memang banyak menguasai bahasa lotong namun komuniti mereka tidak menggugat kestabilan komuniti beruk.


Walaupun pada rasionalnya anak-anak beruk terjejas dengan dasr baru ini namun ia tidak merugikan kerajaan beruk kerana kerajaan beruk tidaklah mengharapkan sangat golongan pandai dalam kerajaan kerana mereka sering menunjuk pandai dan mengganggu urusan kerajaan beruk.


Dalam tempuh permulaan ini kita terpaksa membiarkan komuniti kita terjejas akademiknya untuk muslihat pilihanraya terdekat dan akan datang sebelum kita dapat membina beruk ultra yang betul-betul dapat mengikut telunjuk kita.kita hanya perlukan golongan yang suruh angguk-angguk-suruh geleng-geleng aje buat masa ini.so kita terpaksa korbankan nasib anak-anak beruk buat sementara waktu.

Menteri kabinet bertepuk tangan dengan hujah bernas menteri pendidikkan beruk tersebut.

Mat kelentong perdana menteri utama kerajaan beruk mencelah kita juga akan adakan meritokrasi bagi menghentam anak pinak kita supaya menjadi semakin lemah dan tidak berupaya bangu n bersaing dengan mawas dan kera yang menjadi sekutu kuat kita.

Kita juga akan memberikan kuota 10 ke 90 peratus institusi pengajian istimewa kita kepada bangsa kera dan mawas supaya ank kita tidak berkumpul sesama sendiri bersatu menghentam kita kerana anak kera dan mawas akan jadi spy kita .

Menteri kewangan menyediakan kira-kira kos dan keuntungan yang mungkin kroni mereka perolehi.

Mat kelentong kita mampu mengutip dana sebanyak 5 juta sahaja tetapi kalau kita tambah semua mata pelajaran dalam bahasa lotong mungkin kita dapat lebih dari 50 juta.

Mat kelentong tersenyum.rilek slow and steady ,mula-mula sains dan matematik nanti semuanyalah.

Seorang menteri mencelah.50 juta berapa sangat.menteri yang lain menyampuk untuk pilihanraya dah cukup tu deposit parlimen dan dun semuanya dalam 8 juta balance kita boleh buat pengundi hantu,poster dan iklan.

Akhirnya semua bersepakat dengan agenda hari itu.mat kelentong raja beruk tersenyum di dalam tidurnya kerana masalah kewangan pilihan raya akan diselesaikan tak lama lagi.sementara itu gorilla upahan telah diarahkan memantau pergerakkan pelajar-pelajar beruk,mawas dan kera disamping mengikat perjanjian rahsia dengan pihak lotong dan gorilla.

Semua binatang diatas pada asalnya manusia tetapi telah bertukar menjadi kebinatangan kerana kerajaan yang bersifat binatang dan rakyat yang dilayan seperti binatang .


Metafora:

Aspek kebinatangan yang dibawa oleh parti binatang telah menjadikan negara tersebut seperti rimba yang tidak berperlembagaan melainkan perundangan berlandaskan hawa nafsu semata dan rakyat menjadi korban.