Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Skandal Tan Sri Musa Menteri Pendidikan Malaysia

UMNO cuba menjatuhkan Menteri Pendidikan Malaysia

Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Sejak akhir-akhir ini , isu mengusulkan ketidakpercayaan terhadap Tan Sri Musa Menteri Pendidikan Malaysia sedang hangat diperkatakan dan ianya menjadi bertambah hangat apabila UMNO Skudai menunjukkan reaksinya.Sebelum timbulnya isu ini , soal pendidikan hangat diperbincangkan terutamanya mengenai status dan penambahan kuota 10% MRSM,sistem meritokrasi, bilangan IPTS dan kuota Bumiputra, sehinggakan Perdana Menteri ikut campur tangan.

Mengapa Perdana Menteri campur tangan??? Soalnya siapakah yang melantik Tan Sri Musa.??

Tan Sri Musa sebenarnya bukanlah seorang yang bersih. Beliau sebenarnya kalah dengan wanita dan wang ringgit.Antara skandal yang melibatkan Tan Sri Musa ialah

Beliau merampas isteri orang yang bertugas di USM sebagai setiausaha beliau.Kemudian isteri beliau dilantik sebagai Pendaftar di USM.(sila siasat)

Pn Sri Salbiah adalah isteri beranak 3 yang menjalin hubungan dan meninggalkan suaminya untuk berkahwin dengan Tan Sri Musa.Begitu juga Tan Sri Musa.????(sila siasat)

Tan Sri Musa sebenarnya telah menerima surat untuk melepaskan jawatan beliau kerana skandal rasuah pembinaan kampus USM yang sedang dijalankan sekarang. Banggunan yang dibina ada yang masih belum sempurna siapnya.Malah disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa sehingga menimbulkan banyak masaalah dari segi pembinaannya (Sila siasat)

Beliau mempunyai seorang kroni yang mempunyai sebuah syarikat bernama Guan Seng. Syarikat ini bukan sahaja diberikan kontrak tunggal pembekal komputer kesemua sekolah kerajaan di Pulau Pinang , malahan turut mendapat tender pembinaan kampus USM.(sila siasat)

Bangunan di belakang USM yang sepatutnya menjadi sebahagian penjabat Kementerian Pendidikan Negeri Pulau Piang kini bertukar menjadi sebuah lot tanah bunglow yang besar kepunyaan Tan Sri Musa. Anggaran nilai rumah dan kawasan keluasannnya tersebut adalah 1 Juta Ringgit.Dipercayai Syarikat Guan Seng yang bertanggungjawab dalam membinanya untuk Tan Sri Musa.(sila siasat)

Beliau juga turut terlibat dalam membeli 60 buah kereta Proton Perdana bagi kegunaan ketua –ketua jabatan keseluruhan kampus USM induk,TranKrian,dan juga kampus Kubang Krian.(sila siasat)

Dengan isu ini , kita berharap satu siasatan dilakukan bagi membuktikan tuduhan yang disiarkan dilaman REFORMASI menjadi bukan satu tuduhan palsu. UMNO Skudai dan para pemimpin baik BA atau BN , sila pastikan tuduhan ini tidak berasas dan jika ianya ada sedikit sebanyak kebenarannya, terutama soal rasuah, sila siasat.dan dedahkan. NEGARA PERASUAH !!!!!!!