Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Hakim Mahkamah Kulim Hadiri Kursus - Kes Lunas Ditangguh Lagi

Tidak ada sebab musababnya untuk terus menangguh kes menahan pengundi hantu semasa pilihanraya kecil Lunas yang berlangsung hari ini 17 Mei 2002 dibatalkan disaat akhir.Semasa ketibaan para pejuang gerakan Reformasi, termasuk Sdr Ezam,Tian Chua,N.Gabalakrisnan, Y.B Azmin Ali, Sdr Roslan Kassim dan juga Sdr Jamil, pihak mahkamah memberitahu bahawa kes ini akan ditukarkan pada tarikh lain, iaitu pada 19-21 Ogos depan.Ini amat mengecewakan kami, tegas YB Azmin sewaktu berceramah di Cherok To’Kun semalam.

Sementara itu , kesempatan ini telah digunakan bagi YB Azmin mengadakan ceramah kelompok dan merasmikan semua mesyuarat keADILan cawangan dan bahagian di Pulau Pinang yang dirasmikan secara serentak pada hari ini(18.5.2002) di Kampung Sungai Semambu dimana terletaknya banggunan UMNO Permatang Pauh. Semua ketua-ketua Bahagian dan Cawangan keADILan seluruh Pulau Pinang akan hadir bagi mewakili cawangan dan bahagian masing-masing bagi melancarkan perjalanan mesyuarat agung cawangan yang akan bermula dalam bulan ini. Dijangkakan tidak banyak perubahan yang berlaku dan apa yang penting ialah melancarkan jentera pilihanraya dan persiapan yang telah diatur sepanjang masa yang akan datang.Sehingga kini semua jentera BA di Pulau Pinag telah berada dalam keadaan bersedia.

KeADILan dan PAS di Permatang Pauh dijangka berjaya mengekalkan kedudukan yang ada dan sasaran seterusnya ialah di Seberang Jaya yang dijangkakan akan dipecahkan menjadi satu Parlimen dan Bandar Perda serta Bukit Tengah menjadi 2 ADUN dibawahnya.Jika tidak berlaku seperti yang diramalkan, Seberang Jaya dijangka akan dapat ditawan , setelah Wakil Rakyatnya pernah diistiharkan muflis. Dalam hubungan ini , Pak Lah telah memainkan peranan dengan menanggung hutang YB Dr Raden dari UMNO tersebut agar pilihanraya kecil tidak dijalankan. Malahan YB tersebut masih gagal menunaikan kewajipan sebagai seorang wakil rakyat.

Wartawan Rasmi Laman Reformasi di bandar Kulim