Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Polis Ganggu Debat Pemuda UMNO-PAS-keADILan

Pihak pengurusan Dewan Tun Hussein Onn PWTC terpaksa mencelah menerusi microphone yg terletak di sebelah pentas utama dan memohon supaya hadirin bersurai kerana tak tahan dengan tekanan dengan Polis yang sudah mengerumuni kedua-dua pintu masuk dewan.

Kejadian ini berlaku dipenghujung Forum Globalisasi Pasca 11 September, Kesan Kepada Ekonomi Malaysia di Dewan Tun Hussein Onn ketika wakil daripada Think Centre Singapore, Mr Anbarash sedang menggulung hujahnya dan respon keatas dua soalan daripada hadirin.

Keadaan agak tegang dimana kelihatan ramai pihak polis yang beruniform dan yang tidak beruniform [Shiput Babi] sudah memenuhi pintu2 masuk utama ke Dewan.

Menurut Pengerusi Forum, Dewan Tun Hussein disewa sehingga jam 1 petang dan apabila perdebatan sudah semakin rancak, pihak Persatuan Graduan Muda Malaysia sudah memohon agar majlis akan dihentikan pada tepat jam 1.30 petang untuk memberi laluan kepada ke-empat2 Ahli Forum menggulung hujah masing masing dan ini sudah dipersetujui oleh pihak Dewan Tun Hussein Onn sendiri.

Malang sekali sejak jam 1 petang kelihatan beberapa SB sudah menghampiri pentas utama dan memberikan tekanan kepada pihak penganjur.

Perkara ini sudah dijangka kerana wakil Think Centre Singapura dalam ucapannya sebagai Ahli Forum pertama telah banyak memberikan komen negatif tentang cara pengendalian sistem ekonomi negara kita ditambah pula beliau secara terang2an membelasah The New Straits Times yang beliau sifatkan sebagai akhbar yang selalu memutar belitkan berita.

Tiba giliran Dr Dzulkifli Ahmad [Ketua Penyelidik PAS] sudah tentu akan membangkitkan isu durjana kerajaan pusat merompak royalti PETRONAS Trengganu dimana jelas telah mengkhianati perjanjian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Beliau juga membuktikan bahawa antara punca utama pelabur2 asing tidak yakin untuk melabur dinegara ini adalah khuatir perkara yang sama akan berlaku dalam kes royalti Petronas - Trengganu.

Wakil EXCO Pemuda Sdr Khairy Jamaluddin pula hanya menjadi BARUA kepada menantu Pak Lah, dan bertugas membaca teks yang telah siap. Bertambah jelek lagi hadirin apabila dia langsung tak menghormati bahasa kebangsan dan melalut berbahasa 'Mat Saleh' sepanjang ucapannya yang hanya mengampu kerajaan kesayangannya.

Mujurlah dipembukaan mukadimah Sdr Adelan Benan Omar, Setiausaha Pemuda keADILan, beliau telah menegur Sdr Affendi Zahari agar menghormati bahasa kebangsaan.

Ramai yang terpukau dan kagum dengan ucapan Sdr Adelan Benan yang mendapat pujian daripada salah seorang wakil PAS sewaktu sessi soal-jawab daripada hadirin.

Sdr Adelan Benan telah berjaya mengupas beberapa perkara yang mendedahkan kelemahan sistem ekonomi UMNO-Barisan Nasional yang langsung tidak lari daripada idealisme Kronisme, Nepotisme dan Bail-Out.

Beliau juga telah membuktikan bahawa sistem kawalan ekonomi yang dilaungkan oleh Mahathir pada 1 September 98 sebenarnya adalah "Cetak Rompak" terhadap idea asli Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1994.

Di atas pentas dewan milik UMNO, Sdr Adelan Benan berjaya membacakan tuntutan Pemuda keADILan bahawa "kerajaan UMNO-BN tidak lagi layak memimpin sistem pemerintahan negara ini dan Pemuda keADILan menjanjikan suatu sistem ekonomi yang lebih ADIL apabila kerajaan BA mengambil alih tampuk kerajaan Malaysia nanti". Tambah beliau lagi, ini adalah untuk merealisasikan "impian" Mahathir sepertimana dalam "perkara no 9 Wawasan 2020" dimana menyebut " untuk mengagihkan kekayaan negara secara sama rata dikalangan rakyat jelata....

Ucapan Sdr Adelan Benan diberi penghormatan oleh hadirin yang bangun diiring tepukan gemuruh dan yang menjadi suatu sejarah hitam terpalit didada pimpinan UMNO apabila laungan "REFORMASI, REFORMASI, REFORMASI!!!" telah berkumandang dalam Dewan Tun Hussein Onn PWTC, milik UMNO pimpinan Diktator Tua Keparat bernama Mahathir Mohamed.

Maka tak hairanlah pihak SB beria-ia sangat menganggu Forum ini kerana ada maklumat mengatakan Tengku Nan yang berada ditingkat 25 panas punggung dengan keadaan dalam Dewan ketika itu.

Tahniah Pemuda keADILan yang berjaya melaungkan Reformasi dalam Dewan milik UMNO!!!!!

Haji Veteran
Bekas Ketua Cawangan UMNO