Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

6 Tahanan ISA Akan Boikot Suruhanjaya Suhakam

6 Tahanan ISA akan melancarkan semula mogok lapar dan meminta rakyat Malaysia memboikot SUHAKAM kerana ianya hanyalah sebagai alat propaganda Barisan Nasional bagi mengabui negara luar dan orang ramai.Sebelum ini SUHAKAM dilihat begitu telus dalam menjaga kepentingan awam , walaupun Tan Sri Musa Hitam tidak 100% sempurna menjalankan tugasnya dengan berbagai tekanan, namun jika dilihat dari prestasi beliau, ianya dikira berjaya.

Keadaan menjadi sebaliknya apabila Abu Talib mengambil alih tugas sebagai pengerusi SUHAKAM yang baru. Ini menyebabkan beberapa pertubuhan NGO s telah mengkritik beliau.. Malahan , sejak 21 April lalu,tahan ISA dan penyokong REFORMASI telah menghentikan mogok lapar atas alasan menunggu siasatan dari SUHAKAM.

Namun, keadaan ini terjadi sebaliknya .SUHAKAM akan mula menyiasat tahanan ISA hanyalah berdasarkan keadaan kesihatan,kesesuaian makanan, keselesaan,hubungan dengan keluarga tahan ,makanan dan tidak menyaisat serta memenuhi apa yang diminta oleh tahan ISA iaitu:

Melakukan siasatan menyeluruh mengenai motif penangkapan mereka,dan jika tiada mempunyai bukti, melepaskan mereka dengan segera, dan sekiranya kerajaan mempunyai bukti, maka bawa mereka ke mahkamah.

Meminta diadakan suruhanjaya siasatan awam dan mengumumkannya secara terbuka mengenai hasil siasatan dan sebab musabab penahanan mereka.

Membenarkan DSAI mendapatkan hak rawatan beliau di Jerman.

Pada mulanya , SUHAKAM bersetuju bagi menjalankan siasatan seperti yang dijanjikan berikutan terdapat sokongan bagi orang ramai untuk menyokong mogok lapar yang dilancarkan 2 bulan lepas. SUHAKAM mulai cuba memenuhi janji untuk menunaikan tuntutan tahan ISA dan menyiasatnya. Apa yang dituntut oleh Tahanan ISA ialah bukannya keadaan keselesaan mereka , namun kesalahan yang dikenakan ke atas mereka.

Adalah tidak mustahil , mogok lapar akan dilancarkan semula jika ianya tidak dipenuhi oleh SUHAKAM. Sementara itu satu ceramah akan di lancarkan di kediaman DSAI di Cherok To Kun pada 16 Jun ini , jam 9.00 Malam. Antara yang turut hadir ialah Pn Bahirah ,Abdul Ghani Harun, Sdr N. Gobalakrishnan,Sdr Roslan Kasim, dan pimpinan keadilan negeri.

Oleh :Wartawan Rasmi Laman Reformasi