Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Dewan Perda Telok Kumbar= Dewan Umno?

DEWAN PERDA BANDAR BARU TELOK KUMBAR

Satu lagi ‘Mahligai’ atau ‘Kuda’

Tunggangan @ barua UMNO yang baru!!! PERDA dicabar kutip sewa dewan dari mereka….

 

Inilah gambar Dewan PERDA Bandar Baru Telok Kumbar Pulau Pinang. Ia adalah satu lagi kuda tunggangan UMNO Telok Kumbar. Dari bukti-bukti yg kami terima UMNO cawangan Telok Kumbar selalu bermesyuarat di sini dan sudah tentu sewanya tak pernah dibayar. Macam-macam program mereka..mesyuarat, Majlis hari raya dan 1001 aktiviti. Apa punya bacul dan dayus. Kami yg main badminton pun kena bayar sewa Cuma RM10.00 sejam.(kalau tak cukup duit kami boleh kasi).

Dulu heboh ada anjing masuk dalam dewan ini. Ceritanya macamni … ada sebuah sekolah mengadakan larian amal utk mengutip dana .. di kawasan dewan ini.Baguslah tu. Jadi dijemputlah unit pengesan dadah lengkap dengan anjing pengesan sekali. Tiba-tiba hari hujan maka si Ketua UMNO cawangan TELOK KUMBAR,Pulau Pinang membenar kanlah Anjing Pengesan ni diguna atas pentas Dewan PERDA untuk pertunjukan. Kaki anjing tu pulak basah…kalau anjing tu pakai kasut tak apalah… kenalah samak pentas tu. Kepada semua pemain badminton dan pengguna Dewan , hendaklah hati-hati ..dewan tu tak pernah disamak.Kalau nak samak ajaklah Ketua UMNO sekali. Kepada PERDA, kalau nak bagi UMNO guna sebagai markas mesyuarat, berilahjuga pada Parti lain, barulah gentleman.Kalau UMNO bermesyuarat tak kena bayar, apa salahnya kami main badminton kasilah free!!!Kalau utk mesyuarat Parti lain,Kami bayar pun tak apa Jangan diikut telunjuk UMNO .Mereka mengamalkan politik bully.

Macam lain-lain jentera kerajaan lah, duit rakyat dari semua parti dikutip komdian diguna semula oleh BN utk memukul parti.Kalau macamtu sampai kiamatpun hangpa menang , menang bacul. Buatlah kat markas UMNO, wang parti sendiri. Tadika pun buatlah kat tempat sendiri, jangan guna tempat KEMAS.

Ada satu cerita lagi …setiausaha Wanita UMNO Telok Kumbar yg cantik tu suatu ketika di pukul oleh Kroni kroni orang kuat Ketua UMNO…. ada yang tak kena …Nampaknya UMNO sini luka parah,tapi pengikutnya di sini sami'na wa ato'na …. Sampai macam tu pun hangpa sokong lagi.(Kalau tak caya siasatlah sendiri-hingga melibatkan skandal tapa saya takut nak ulas, kalau silap jadi fitnah)…

Kepada para reformis di sini, UMNO ni bukanlah kuat … mereka semua jenis cari makan.Kalau jenis cari makan baik kita jadi ayam… tahi pun boleh kita makan.Cari punya cari makan si isteri Ketua UMNO udah dapat tender kantin sekolah, setiausaha Wanita , yang cantik jelita (yang pernah mengatakan pakai tudung tu panas!) dapatlah jaga Perpustakaan JKKK kat tepi laut .penyokong dapatlah hampas …Malaysia boleh!. Nah tengok ini penyata.. mana UMNO bayar duit sewa dewan, kalau ada sudah tentu masuk penyata, kalau bayar kenapa tak masuk penyata? Elok tukar nama sajalah kepada Dewan UMNO, maka boleh guna sampai kiamat!

Dalam sibuk-sibuk UMNO cari makan rakyatlah jadi mangsa, dan salah satu mangsanya ialah masalah pergaulan bebas di kalangan remaja yang makin menjadi-jadi di Bandar Baru PERDA , sudah 2 pusat SNOOKER kat TELOK KUMBAR…apa UMNO buat, terus nak biarkan orang-orang Islam jadi rosak. Buatlah apa-apa usaha supaya kedua-dua PUSAT SNOOKER tu tutup. Selagi ada kuasa buatlah, kalau masa ada kuasa tak buat bila tak da kuasa bolehkah nak buat?Tak macam Kerajaan Trengganu dlm tak sampai setahun dapat kuasa masalah Kedai arak tempat terbuka dan lesen kedai judi udahlah selesaiJadi kepada para reformis di sini janganlah mudah patah semangat., teruskan kerja-kerja kita.UMNO bukanlah kuat DLM MESYUARAT WANITA UMNO TELOK KUMBAR 2001 DULU, mereka terpaksa buat cabutan bertuah (Takut tak cukup kourumlah tu!). kalau tidak kerana politik wang, media dan politik cari makan maka ia sudah lama UMNO berkubur macam Parti Negara dan Semangat 46…Kepada semua para reformis, teruskan perjuangan!Kebenaran itu akan menang kerana kebenaran itu kuat…..

KETIGA-TIGA PENYATA INI MEMBUKTIKAN UMNO TIDAK PERNAH MENGELUARKAN SESEN PUN WANG SEWA DEWAN PERDA BAGI TAHUN 2001 SATU!!!-HIDUP MELAYU

NAH! INI BUKTI KUKUH CABUTAN NO BERTUAH DIJALANKAN UTK MENARIK KEDATANGAN, TAKUT TAK CUKUP KOURUM …KALAU TAK CAYA RUJUK PENYATA PERSIDANGAN AGONG TAHUNAN UMNO CAW T. KUMBAR KALI KE 8 / 2002 M/S 7