Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Sah Adam Hamid Umno-Reform.Com!

Umno akan menyiasat tindakan Umno Bahagian Senai, Johor yang meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad pada satu mesyuarat khas jawatankuasa bahagian itu Rabu lepas, kata Naib Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita dalam Umno tidak galakkan undi tidak percaya sebagai alasan untuk melahirkan rasa tidak puas hati...gunakanlah saluran yang lebih sesuai seperti kemukakan laporan ke Badan Perhubungan Umno Negeri," katanya.

Semasa bercakap pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Umno Melaka di sini hari ini, Menteri Pertahanan itu berkata siasatan akan dijalankan bagi mengetahui dengan lebih jelas tindakan Umno Senai itu.

"Umno ada membuat ketetapan jika ada masalah buat laporan kepada Umno negeri dan Umno negeri pula akan membawa masalah itu ke peringkat Majlis Tertinggi (MT) untuk dibincangkan," katanya mengulas tindakan undi tidak percaya bahagian Senai itu terhadap Musa yang dikatakan tidak peka dengan masalah orang Melayu.

Ketua Umno bahagian itu Adam Abdul Hamid dipetik sebagai berkata Musa memberikan alasan yang tidak kukuh untuk melaksanakan keputusan pemberian kuota 10 peratus kepada pelajar bukan Bumiputera memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan program matrikulasi dan perkara itu dilihat sebagai satu tindakan yang tidak menjaga kepentingan orang Melayu untuk jangka panjang.