Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Gegaran Reformasi Di PWTC, Syabas Adlan Benan

Tahniah kepada Adlan Benan, yang telah berjaya membawa gegaran reformasi di PWTC pagi tadi semasa Forum Anjuran Persatuan Pemuda Malaysia mengenai impak serangan Sept 11 (911). Adlan Benan berjaya membawa gegaran tersebut ke PWTC yang mampu menunjukkan kepada UMNO bahawa isu kezaliman ke atas Anwar Ibrahim masih kukuh dalam ingatan rakyat yang mahukan keadilan bertapak semua di negara kita ini.

Saya percaya UMNO yang selalu melaung-laungkan bahawa mereka sudah berjaya semula mendapat sokongan dari kalangan Melayu kini tersentap dan wakil UMNO iaitu Sdr Affendi Zahari mampu menceritakan pada puaknya bahawa Melayu, masih kukuh di belakang Barisan Alternatif dan isu Anwar Ibrahim tidak akan reda melainkan beliau di bebaskan dan para konspirator di hadapkan ke mahkamah yang adil.

Dalam keadaan sekecil itu pun, reformasi berkumandang kuat dan jitu. UMNO harus ingat bahawa biar apapun manipulasi mereka namun rakyat sudah tahu, rakyat sudah sedar dan rakyat mahukan pembebasan Anwar Ibrahim di segerakan.

UMNO sebaliknya masih mendalihkan kebenaran. UMNO masih bersembunyi di belakang ISA dan POLIS untuk menentukan akan sokongan tidak nampak dan tidak kelihatan. Percayalah UMNO andai kami di beri kesempatan Stadium Bukit Jalil pasti penuh dengan pendokong reformasi. Mahu tidak mahu, kesempatan jika tidak di beri akan kami terbitkan bagi menolak UMNO yang semakin penuh dengan kejijikan.

Syabas sekali lagi kepada Setiausaha Pemuda Keadilan Sdr Adlan Benan dan Dr Zulkifli dari PAS.