Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Ekslusif WR ! - Shahrir Samad Dan Adam Hamid Pemilik Umno-Reform

Dari http://www.webreformis.net


JOHOR: Sebuah laman web yang mendesak reformasi dalam UMNO (Umno-Reform) dipercayai mempunyai kaitan dengan tokoh pemimpin Umno Johor. 

WR diberitahu bahawa, laman web tersebut diasaskan bersama oleh Shahrir Samad dan Adam Hamid yang bertujuan untuk menyerang Umno dari dalam. Sumber tersebut memberitahu, di belakang Shahrir dan Adam adalah Tan Sri Musa Hitam yang banyak memberi ilham kepada mereka. 

Menurut sumber tersebut lagi, Editor1 Umno-Reform adalah Adam Hamid yang pernah bertugas sebagai pengarang akhbar Utusan sebelum bertanding pilihanraya satu ketika dulu. Adam dipercayai menggunakan nama samaran Ghazali Mat Dom yang membolehkan beliau berinteraksi dengan lebih bebas dalam laman web tersebut. 

"Kerana itu banyak hal dalaman didedahkan dalam laman tersebut dan kebanyakkannya tidak diketahui oleh pembangkang," kata sumber yang mengaku rapat dengan Ketua Penerangan pemuda UMNO Azimi Daim. 

Umno-Reform baru-baru menyiarkan kos hampir RM 200 ribu yang digunakan untuk membiayai laman web KMU. WR dimaklumkan bahawa laman tersebut dibiayai oleh bekas Pengerusi Suhakam, Tan Sri Musa Hitam. Sementara itu, poll di laman web Pemuda Umno Selangor membuktikan laman tersebut tidak mendapat sambutan kerana setelah dua minggu disiarkan hanya mendapat 10 undian.

Tinjauan WR mendapati laman tersebut amat tidak menarik dan semua cerita menempatkan wajah ketua pemuda Selangor. Kesemua berita yang disiarkan oleh laman berkenaan diambil dari BERNAMA, Utusan dan Berita Harian. 

Selain itu, setelah hampir 10 bulan dilancarkan hanya terdapat 5196 pengunjung berdasarkan mesin pengira yang terpampang di laman itu. 

Penganalisis data WR ketika diminta mengulas berkata, ada dua kemungkinan berdasarkan perkara tersebut, pertama kerana pemuda UMNO Selangor tidak peka terhadap perkembangan IT dan tidak tahu menggunakannya. 

"Kedua membuktikan bahawa pengaruh UMNO tidaklah seperti yang digembar-gembur oleh Mahathir," katanya. Menurut penganalisis data WR lagi, berdasarkan pemerhatian beliau antara laman web Umno, yang paling tinggi pengunjung adalah laman web Umno-Reform.

"Ini membuktikan bahawa ahli Umno sendiri sedar yang parti mereka sudah 'mereput' dan kebanyakkan mereka lebih berminat untuk mengkritik Umno itu sendiri," kata beliau. ~ WR