Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Tentera Australia Mengingatkan US Agar Berhati-hati Dengan Kerajaan Malaysia

Berita // News: 
http://www.pemuda-keadilan.org

Pegawai Tentera Australia: "Tangkapan ISA Malaysia Berasaskan Bukti Yang Dibuat-buat" 
Thursday, June 13, 2002 - 03:30 AM GMT

Panglima-panglima Angkatan Tentera Australia memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa kerajaan Malaysia mengemukan "bukti-buti yang dibuat sendiri" kononnya orang-orang yang ditahan di bawah ISA di negara ini merupakan "pengganas".

Akhbar Straits Times Singapura 13 Jun melaporkan, panglima-panglima tentera Australia gusar kerana Amerika Syarikat kurang peka terhadap niat jahat kerajaan Malaysia. 


Menurut mereka, kerajaan Amerika Syarikat sepatutnya sedar bahawa ramai orang yang ditahan di bawah ISA di Malaysia bukannya pengganas, sebaliknya hanyalah "ahli-ahli parti pembangkang, khususnya pembangkang beragama Islam." 

Laporan itu menyatakan, Malaysia menggunakan "keganasan" sebagai alasan mengenakan undang-undang zalim seperti ISA terhadap musuh politik Mahathir. 

Panglima-panglima tentera Australia mengimbau zaman perang Vietnam di mana Presiden Amerika Syarikat Lyndon Johnson menggunakan "keganasan" sebagai justifikasi berjinak-jinak dengan rejim zalim di Asia Tenggara. 

Mereka mahu Perdana Menteri Australia John Howard supaya tidak tertipu dengan agenda politik pemimpin Malaysia.