Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Taraf Bumiputera Merugikan Orang Melayu

Taraf Usahawan bumiputera seperti yang diamalkan oleh kerajaan sekarang tidak memberi makna kerana bumiputera yang benar-benar memerlukan bantuan tidak mendapat tempat.

Ini dinyatakan oleh exco Pemuda Keadilan Malaysia, Dato' Sanusi Abdullah. "Taraf usahawan bumiputera sekarang tidak membantu golongan yang memerlukan. Hanya mereka yang rapat dengan pemerintah memperolehi faedah kerana ini lebih baik ia dihapuskan"

Sekarang kita perlu berusaha memupuk kerjasama dan perkongsian tulen tanpa mengira anutan dan etnik. Semua mampu bekerjasama dan menjayakan perniagaan dengan menafaatkan pebolehan masing-masing.

"Sekarang ini pengasingan mengikut kaum sudah ketinggalan zaman. Sesiapa yang memerlukan bantuan perlu dibantu tanpa mengira kaum" kata Sanusi yang juga Pengerusi Biro Usahawan Muda keADILan.

Beliau memberikan contoh bagaimana banyak projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat bumiputera gagal untuk disiapkan. Ini kerana sebelum projek dianugerahkan mereka tidak membuat kajian terperinci dan persedian kearah pelaksanaan projek. Lebih parah lagi kerajaan terpaksa mengeluarkan bukan sedikit belanjawan baru bagi kerana menampung kegagalan pelaksanaan projek yang diberikan semua atas nama bumiputera (kroni). Oleh sebab ini semua beliau percaya sudah tiba masanya Kementerian Pembangunan Usahawan dan semua pihak terlibat mencari jalan terbaik untuk membantu usahawan yang sedang bergiat maju.

Barisan Nasional sering mengambil kesempatan mendapatkan kepentingan politik dengan hanya membantu usahawan yang mempunyai kaitan rapat terutamanya dengan UMNO semua ini dilakukan dengan alasan untuk membantu usahawan bumiputera. Sedangkan pada masa yang sama usahawan yang bersungguh-sungguh tidak mendapat bantuan kerana tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana individu politik. Ini satu budaya tidak sihat yang melemahkan sendiri usahawan bumiputera.

Sekarang ini peruntukan bumiputera dan layanan istemewa kepada beberapa kerat bumiputera menyukarkan pembinaan kerjasama tuleh tetapi hanya menggalakkan hubungan ali baba.

"Sudah sampai masanya hapuskan saja taraf usahawan bumiputera ke arah dunia ekonomi yang mengamalkan pengkongsian bijak dan adil" tegas beliau.

dibawakan oleh unit penerangan biro usahawan muda pemuda keadilan malaysia