Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Islam Benarkan Demonstrasi

Demonstrasi secara aman tidak dihalang oleh Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, demonstrasi seumpama itu biasa berlaku pada zaman awal kebangkitan Islam dengan restu Nabi Muhammad SAW, ini ditegaskan sendiri oleh ulama terkenal Dr Yusof Qardawi dalam karangannya."Demonstrasi, ceramah ada dalam Islam dan ini memberi kesan kepada penyebaran syiar Islam"

"Malah golongan muslimat juga dibenarkan untuk keluar berdemonstrasi oleh Rasulullah SAW" katanya ketika menggulung perbahasan Ucapan Dasar Presiden di PUTIK 2 Jun lalu.

Beliau berkata, ceramah dan demonstrasi adalah sebahagian daripada jalan dakwah yang berlaku sejak awal kebangkitan Islam. Oleh itu katanya PAS akan kekal meneruskan program ceramah biarpun dihalang dan disekat oleh rejim zalim Barisan Nasional. "Kita tetap akan meneruskan ceramah walaupun seminit" katanya.

Dalam perkembangan yang sama Dato Sanusi Abdullah, Exco pemuda keADILan Malaysia yang pernah beberapa kali ditahan kerana dituduh berdemonstrasi dan berceramah secara haram berkata " ceramah dan perhimpunan aman yang diadakan dapat menyampaikan mesej dan maklumat yang jelas kepada rakyat dan ia juga menjadi salah satu medium mendidik rakyat "

dibawa oleh Unit Penerangan Biro Usahawan Muda Pemuda keADILan Malaysia.