Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Bahirah Bakal Calon Shah Alam?

Bahirah Tajul Aris dinamakan sebagai calon pertama parlimen Shah Alam dalam mesyuarat bahagian keADILan Shah Alam baru-baru ini. Bahirah isteri ,bekas calon keadilan Parlimen Shah Alam yang juga Ketua Pemuda Keadilan yang kini ditahan tanpa bicara dibawah ISA.

Menurut ketua Pemuda Shah Alam, SD Johari, Pemuda telah sebulat suara menyokong cadangan untuk menamakan Bahirah sebagai calon Parlimen Shah Alam sebelum membawa cadangan tersebut ke mesyuarat bahagian dan dalam mesyuarat bahagian kelmarin nampaknya setelah didebatkan panjang akhirnya semua jawatankuasa juga setuju. Ketika menyentuh kemungkinan parlimen Shah Alam akan dipecah kepada dua berikutan persempadanan baru, SD Johari berkata keadilan telah bersedia ke arah itu.

"Kita pasti sokongan kepada kita lebih hebat memandangkan faktor pengundi dari perbagai kaum dikawasan parlimen dan dun setempat akan dipecahkan, maka politik BN yang bersifat perkauman akan menghadapi tekanan" tambah SD Jo lagi

Raja Komando atau nama sebenarnya Raja Kamaruddin Raja Wahid Timbalan Ketua Bahagian keADILan Shah Alam yang menguruskan kerja-kerja bahagian Shah Alam semenjak ketiadaan Ezam, ditahan ISA berkata " Insyaallah keADILan Shah Alam bersedia untuk menghadapi pilihanraya bila-bila masa memandangkan jentera kita telah mula disusun dan diperkemas dari masa ke semasa."

Oleh Helme Hanafi, Ketua Penerangan Biro Usahawan Muda Pemuda keADILan Malaysia.