Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Surat Puan Aliza Jaffar

42, Jalan 6
Taman Sri Ukay
68000 Ampang 

Pendaftar 
Mahkamah Persekutuan
Kuala Lumpur 

Tuan, 

PER : MEMOHON AGAR KEPUTUSAN RAYUAN HABEAS CORPUS DISEGERAKAN 

Saya mewakili isteri-isteri dan keluarga tahanan Mohamad Ezam Md Nor, Chua Tian Chang, Hishamuddin Rais dan Saari Sungib yang sedang merayu agar dibebaskan oleh mahkamah ini ingin memohon jasa baik dan sifat perikemanusiaan pihak mahkamah agar mempercepatkan tarikh keputusan rayuan kes ini.

Mereka ditahan pada 10 April 2001 yang kini telah melebihi setahun sebagai tahanan tanpa bicara, kami isteri dan anak-anak benar-benar berharap hak pengadilan yang sewajarnya diberikan kepada mereka. 

Sejak mereka ditahan, kami menanggung derita dan kesengsaraan yang tidak dapat dinilai begitu peritnya baik dari segi jiwa, perasaan dan tanggungan kehidupan yang begitu berat sekali. Anak-anak kami yang sedang membesar juga menghadapi tekanan kerana kehilangan kasih saying bapa-bapa mereka.

Oleh kerana perbicaraan ini telah selesai pada hujung bulan Februari 2002, maka hari ini tidak keterlaluan kami memohon agar keputusan Rayuan Habeas Corpus ini disegerakan supaya kami dan juga tahanan tidak terus menanggung penderitaan dipisahkan tanpa pengadilan yang seadilnya.

Sekian. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. 


Yang benar, 



Aliza Jaffar