Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

Bolehkah Janji IGP Dipercayai?

Oleh Ummu Natasya

RAKYAT bersyukur apabila Ketua Polis Negara (IGP) berjanji akan menyelesaikan segera siasatan kes yang berprofile tinggi walaupun keyakinan terhadap janji-janji seperti ini semakin menurun.

Tan Sri Norian Mai, seperti juga IGP-IGP sebelumnya tidak pernah diyakini. Mereka banyak bergantung kepada janji orang-orang tertentu apabila bersara nanti. Mereka inginkan kehidupan yang mewah dan sanggup menjadi pengerusi di mana-mana syarikat judi atau syarikat arak.

Rakyat tentunya hairan mengapa dalam kes PPRT, juaranya boleh bebas se bebasnya. Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Annuar Musa bukan main kuat bertempik sekarang, kononnya dia bersih sebersih-bersihnya. Malahan dia lebih bersih dari sabun ‘attack’ serbuk pencuci.

Dia berpaut pada Dato’ Aziz Shamsuddin kononnya dia difitnah. Dia kini adalah Ketua Umno Bahagian Peringat, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kelantan dan Ahli Majlis Tertinggi. Jawatan barunya ialah Ketua Propaganda Umno kepada pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.

Tidak ada siapa yang mahu percaya Annuar Musa akan didakwa. Saksi penting kes ini Oii Kee Siang sudah dilepaskan oleh polis Malaysia. Bila saksi penting sudah tiada, bagaimana harus pendakwaan ini dijalankan?

Kalau Polis Malaysia serius dan tidak membuat siasatan terpilih, ramai lagi yang boleh didakwa khususnya mereka di kalangan pemimpin Umno.

Dato’ Azman Mahalan, Exco Kerajaan Negeri Perak juga diselamatkan walaupun ada satu kes yang menyebabkan BPR menyiasatnya dahulu.

Khabarnya, BPR dan Polis hanya menyiasat orang yang tidak disukai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Kalau mereka salah siasat, maka ada yang akan kena tindakan. Tidak hairanlah kalau Tan Sri Ali Abul Hasan dinaikkan pangkat oleh Perdana Menteri apabila BPR dapat menangkapnya dengan wang tunai RM100,000 dalam laci pejabatnya di EPU.

Tan Sri Muhammad Muhd Taib boleh lepas begitu sahaja walaupun telah terbukti mempunyai duit berkilo-kilo beratnya.

Dia mampu membayar RM16 juta kepada Ku Yah apabila bercerai dahulu.

Polis juga tidak berani menyiasat kes pembunuhan Muztakizah Jaafar yang dikatakan ada hubungan dengan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Kepada siapa sebenarnya tanggungjawab polis dan BPR? Apakah mereka hanya boleh mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam masa singkat kerana permintaan orang tertentu? Tetapi dalam kes PPRT, Pewaja dan Tabung Haji, ia bakal disenyapkan begitu sahaja.

Masihkah rakyat mahu mengundi calon-calon BN dalam pilihan raya akan datang? Kalau benar seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Umno (BN) Permatang Pauh sudah semakin kuat sekarang, mengapa tidak dia bertanding di Permatang Pauh dalam pilihan raya akan datang menentang Presiden keADILan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail?

Para penyokong dan pendokong reformasi, jangan berdiam diri. Bangkit dan kuatkan semangat. Teruskan perjungan dalam apa keadaan sekalipun. Yang tidak boleh menulis, beri sumbangan dalam bentuk material. Jika tidak pun, undi kita jangan dipersia-siakan.

Biarlah pemimpin Umno mendabik dada kononnya Umno semakin kuat. Kuat Umno dengan jumlah ahli yang ramai bukan jaminan mereka menang pilihan raya. Semakin hari semakin ramai ahli Umno yang terus membenci kepimpinannya dan berjanji akan memberikan undi kepada calon-calon BA. Oleh itu, jangan kita mudah terpengaruh dengan propaganda RTM, TV3 suku dan media cetak seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan.

Simpan maklumat penyelewengan seperti yang mereka sendiri dedahkan. Kes PPRT, Tabung Haji, KWSP, PNS dan Amanah Ikhtiar adalah bahan-bahan bukti di mana Umno dan BN memang terus melakukan kemungkaran, penyelewengan dan rasuah. Mereka samun harta rakyat. Mereka punggah kekayaan dari jalan yang salah.

(Dapatkan buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? dengan menghantar pesanan kepada ummu_natasya@hotmail.com. Harga cuma RM10.50 termasuk kos penghantaran)