Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

SURAT TERBUKA KEPADA PAS (2)


Oleh Dr. AQ

ASSALAMULAIKUM-WHBT
Sambungan :

PILIHANRAYA
LAPORAN akhbar menyatakan bahawa cadangan Pemuda PAS Pulau Pinang supaya diadakan mesyuarat khas tentang pilihan raya, telah ditolak oleh perwakilan, bagi kami, meskipun tidak mendengar hujah perwakilan yang menolak, telah menjadi tanda tanya dalam kategori ‘memandang rengan’ kepada alat perjuangan dalam sistem demokrasi..

Pertama, kami berpendapat bahawa masih ramai pemimpin terutama pertengahan dan bawahan yang malas memahami apa itu demokrasi dan pentingnya persediaan untuk bertanding dalam pilihan raya.

Mungkin “mereka itu” tidak juga tidak ambil berat tentang perihal yang berkaitan dengan konsep dalam kamus pilihan raya ? Antara lain umpamanya sistem demokrasi ala “Westminster Abbey” bersifat “merit” dan “demerit” (bagus dan lemah). Mereka tidak diberi “pendidikan politik” umpamanya sistem dan cara mengundi dalam berbagai pemilihan raya, bukan sahaja di negara ini tetapi juga di negara lain.

Selain itu, misalnya berkaitan dengan “basic democracy”, multi-member constituency, single-member constituency, social contract, legitimacy, psychological warfare, pola tingkah laku pengundi, isu tempatan dan antara bangsa, dan segala bentuk muslihat percaturan politik lawan.

        Faktor lain yang mempengaruhi politik negara ialah “sokongan”, baik secara terbuka atau tidak, dari “dewan perniagaan”. Syarikat gergasi dalam dan luar negeri, sederhana dan kecil, telah lama membuat “pendirian”mereka, terutama mengenai dasar parti yang akan menang ; apakah ia akan memberi keuntungan atau kerugian kepada mereka. Begitu juga pengaruh ‘kuasa besar” seperti Amerika, Britain, Rusia, China dan negara pakatan ekonomi dan ketenteraan mempunyai kesan dalam pilihan raya se sebuah negara seperti Malaysia. Kedutaan asing tidak mendiamkan diri terutama tentang tingkah laku parti politik seperti PAS (BN) dan UMNO (BN)..

      Justeru itu pendekatan menggerakkan kesedaran politik melalui forum, seminar, dialog dan ceramah oleh mereka yang ”ahli atau pakar” wajib diadakan terus menerus dengan tajuk yang teratur dan ilmiah. Tambahan pula sekarang, “Islam” sedang diusahakan oleh mereka yang anti sedang memasukkan unsur Islam supaya jadi sebati dalam  istilah dan konsep “pengganas”.  Mereka mahu Islam itu dikenali sebagai jahat dan pengganas seperti juga, dalam tahun lima puluhan, Britanica Encyclophedia menyatakan Melayu itu sebagai bangsa primitif yang malas dan lemah.

Kedua, apakah mereka sudah berpuas hati dengan apa yang telah dilalui dan dialami mereka dalam sepuluh pilihan raya (terutama bagi mereka yang sudah tua) ? Apakah PAS atau BA sudah bersiap dengan segala macam “persediaan” yang canggih ?  Apakah semua bakal calon bagi setiap kawasan pilihan raya, sudah ditentukan dan diberi tugas ?  atau PAS dengan BA masih berkecamuk dan berebutan mahu jadil Yang Berkhidmat ?  Gelar, pangkat, kehormatan dan “fulus-masuk-kantong” hanya menjadi pegangan kedua sahaja ? Demi agama dan bangsa mereka tidak berebutan ?

Ketiga, apakah peraturan dan segala macam syarat yang dikenakan oleh SPR, sudah dikaji dan dibentangkan kepada semua peguam secara “besar-besaran” ? Jika tidak, apakah mereka akan tutup mata dan telinga ; tetapi kemudian, mereka buka mulut ‘merungut’ dan menuduh ? atau mematuhi  teori dan pendekatan “orang lemah” iaitu serah diri sahaja kepada takdir ? Namun dalam suasana apa pun ikhtiar dan cara harus diperhebat, sesuai dengan empat ayat akhir daripada Surat Al-Insyirah : “maka sesungguhnya berserta kesukaran itu ada kemudahan ; sesungguhnya berserta kesukaran itu ada kemudahan ; oleh itu apabila kamu telah selesai maka kerjakanlah lagi ; dan kepada Tuhan mu sahaja hendaklah engkau berharapa”.  ?

Keempat, apakah sifat “mazmumah” yang berunsur “degil” dan serba tahu masih tebal dalam pimpinan PAS dan BN ? Apakah dengan kerana sikap demikian akan meningkatkan tahap kecintaan “orang luar” atau  pengundi kepada PAS ?  Dan nanti PAS akan menang dengan cemerlang ? atau akan ‘menggigit jari’ sahaja lantas mencari salah orang lain ?

      Meskipun dalam hukum Allah yang diberikan kepada alam bahawa sesuatu yang batil akan lenyap ; tetapi jika yang hak tidak dikelolakan oleh mereka yang ikhlas dan terbuka, maka perjuangan itu akan lenyap juga. “Mahkota” Islam hanya layak  (berhak) dipakai oleh mereka yang taqwa dan alim sejati !.
Sikap ambil mudah, ikut perangai suka berlengah atau gelabah atau ikut “rasa” dan bersikap “serba tahu” dan “serba boleh” akan menerima akibat yang parah,.

Oleh itu pimpinan kena awasi ruang “blind spot” !  Bahaya ujud dekat mata, kerana walaupun di motokar terdapat tiga cermin, tetapi mata kita masih rabun, tidak nampak  bahawa kereta lain berada  di sisi kita.  Ia memotong atau akan menggeser atau tergeser. Akibatnya, kita yang parah, dan perjalanan bertukar destinasi. Kita menuju ke hospital atau ke kubur!

PERIHAL 5.   PENGUNDIAN.

        Satu daripada perkara teknikal yang paling penting, sesudah buku pendaftaran dalam pilihan raya ialah pengundian.

        Berbagai cerita “kecurangan” berlaku semasa mengundi. Ia diperbualkan orang di banyak tempat, termasuk dalam perjumpaan parti pembangkang tentang bagaimana nama pengundi dan kertas undi diserahkan.. Pengundi  disahkan dengan senarai nama ; kertas dibuang ke dalam  peti undi. Kemudian, ia dikunci oleh semua pihak wakil. Peti dibawa keluar  dan kemudian dihitung.   Jika mahu ditulis semua cerita tersebut, maka ia akan mengambil ratusan halaman dan boleh dibukukan. Namun cerita yang benar dan separuh benar (dalam proses penelitian) mengenai  berbagai hal yang telah berlaku, seperti yang diceritakan, pihak pembangkang boleh sebut dalam Parlimen, dilaporkan kepada rakyat dan kepada Majlis Raja-Raja, SPR dan polis.  Jika usaha tersebut tidak berjaya, sekurang-kurangnya ia akan menjadi  rakaman sejarah Malaysia dalam pemerintahan Malaysia. Mungkin Barisan Nasional sendiri  bersetuju usaha untuk memperbaiki imej negara dalam zaman pemerintahan mereka menjadi bersih dan telus. Maka dengan begitu gelaran sinis kepada wakil rakyat sebagai “wakil undi pos”, “wakil sunglap undi” dan “wakil syarikat besar luar dalam negara” berbagai “label” lagi akan dapat dihapuskan.
Untuk kawalan kertas undi supaya mudah dan terjamin “ketulinan”** undian maka berikut kami cuba memberi cadangan sebagai contoh :

       Kertas undi memakai berbagai warna ; satu warna bagi satu kertas. Umpamanya, shelai kertas undi warna merah bagi BN, hijau bagi PAS, biru bagi KeAdilan dan lain-lain. Warna parti tertutup oleh kulit buku sewaktu ia dimasukkan ke dalam peti.

Sesudah pengundi diberikan kertas (buku) undi oleh pegawai di tempat mengundi, ia kena pergi ke “kaunter wakil semua parti” untuk pengesahan nama dan alamat dan ditanda tangan dengan cap parti pada buku undi berkenaan. Pengundi pergi ke biliknya memilih warna parti atau calon mana yang ia suka ; melipat atau memasukkan ke dalam sampul khas. Kemudian memasukkannya ke dalam peti. Bagi kertas yang tidak terpilih, dimasukkan ke dalam peti lain. Sedapat mungkin nombor di belakang kertas undi (buku) itu dipadamkan dengan cap parti atau tanda tangan wakil calon. Guna wakil parti bukan sekadar jadi “pak pacak” mendengar nama orang atau melihat ia membuang undi ke dalam tong. sahaja ! **Hal ini mengelak daripada tuduhan buruk dan menglak daripada berita tersebar luas mengatakan bahawa “pengundi dapat dikesan oleh orang atau  pihak tertentu” yang nanti maklumat pengundian digunakan sebagai gugatan dalam pekerjaan dan kemudahan sesuatu.

      Semua hal mengenai proses pengundian sampai ke tempat perhitungan “selamat”, jelas sehingga tidak ada ruang untuk dibantah. Jadi satu perjumpaan yang penuh minta perlu dianjurkan dengan mengundang Suruhanjaya Pilihan Raya, polis, pegawai kerajaan yang terlibat, semua parti politik, pensyarah yang pakar dalam pilihan raya,  peguam, Adun, Anggota Parlimen dan semua mereka yang pernah jadi calon dan juga bakal calon. Dengan demikian usaha ini akan memberi kesan baik kepada kelancaran “saluran suara rakyat” dalam demokrasi yang bersih dan berwibawa.

Kami mohon maaf kerana mencabar dan mengajar pemimpin PAS yang dikelilingi oleh orang terpelajar dalam berbagai bidang.
Bersambung ke Bahagian 3, Insya Allah.