Make your own free website on Tripod.com
Get Paid To Read Emails

SURAT TERBUKA KEPADA PAS (1)

Oleh Dr. AQ

ASSALAMULAIKUM-WHBT

Pertama, saya dan kawan-kawan mengucapkan tahniah kerana telah selamat bersidang dengan aman dan berhasil mendapat pandangan dan pemikiran yang bernas sesuai dengan ketetapan dasar perjuangan PAS.

Kedua, meskipun kami bukan anggota berdaftar PAS dan dianggap sebagai anggota  luar kumpulan  “outer-group members”, kami juga berhak memberi pandangan dan kritikan membina. Sebab kami orang Islam dan PAS berjuang atas nama agama Islam. Salah atau benar perjuangan PAS secara langsung membabitkan kami, bukan ?

Ketiga, kami tahu ada segelintir “manusia” dalam PAS yang telah menepikan nama kami daripada ”senarai” tertentu. Tidak mengapa. Sebab mereka itu manusia yang tidak tahu  latar belakang kami dalam perjuangan agama dan bangsa Melayu. Sebenarnya segelintir atau lebih daripada pemimpin Pas masih rabun dan bebal tentang “strategi dan taktik perjuangan” yang luas.  Namun demikian, maaf menuduh, bahawa sikap mereka bukan sikap orang perjuangan atau pimpinan sejati. Sikap mereka itu merupakan cermin kepada mereka tentang tingkat atau darjah ilmu-pengetahuan, sekali gus mencerminkan “nafsu-al-amarah” mereka yang kadang kala boleh merosakkan perjuangan PAS dari dalam.

“Penyakit” ini telah lama berlaku dalam PAS, UMNO dan parti lain. ”. Mereka tidak menyelidiki  perjuangan orang lain yang bersimpati dengan PAS. Malahan terdapat perjuangan Islam mereka, lebih gigih lagi daripada orang PAS sendiri. Wadah mereka tidak dikenal tetapi berpegang  dengan cogan kata : “buatlah baik wahai rakan ; ke dalam laut kamu dicampakkan, jika ia tidak dikenal ikan ; tetapi Tuhanmu tahu “dia’ (jasa dan khidmat) atau bukan.” dan  “Hulurkan khidmat dan bantuan dengan tangan kanan sehingga tangan kiri pun tidak tahu

 [Mereka itu belum lagi dapat kuasa penuh....jika berkuasa penuh, jangan-jangan pula mereka akan lebih teruk daripada sikap sebahagian orang UMNO(?). Al-dunia, al-dunia ! Jadi, pihak pemimpin yang luas visinya hendaklah mengawasi mereka itu]  MAAF.

ATAS KESADARAN PERJUANGAN ISLAM MAKA KAMI SEKAADAR MEMBERI PANDANGAN, PENDAPAT DAN TEGURAN SEBAGAI BERIKUT UNTUK PERHATIAN DAN JIKA BENAR UNTUK TINDKAN:

1. BUKU DAFTAR PENGUNDI
Seperti yang termaklum bahawa PAS terbentuk untuk mendapatkan kuasa. demi menegakkan Islam. Sistem pemerintahan adalah sistem demokrasi ala Barat dengan saluran pilihan raya. Setiap rakyat diberikan kertas yang sama tanpa mengira apakah ia seorang ulama, profesor atau buta huruf celek politik atau buta politik Kuasa politik terkumpul dalam Buku Daftar Pengundi yang dikeluarkan pada hari membuang undi. Sama ada terdapat “hantu” atau bukan maka itulah “kuasa” yang terkumpul.  Jika nama seseorang atau se kumpulan orang, tidak tertulis dalam daftar berkenaan, maka ia tidak boleh mengundi.  Mereka tidak ada kuasa memilih atau menentukan wakil walaupun telah menjadi anggota parti puluhan tahun.

2.   UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
PAS  dan parti  lain mempunyai ramai peguam. Nagara luar banyak mempunyai pengalaman dalam sistem demokrasi dan pilihan raya. Semua mereka itu hendaklah diambil buah fikiran sama ada melalui internet, laporan, temu bual, seminar dan forum. Undang semua peguam dan fakulti undang-undang untuk memberi pandangan. Pendek kata, apa sahaja bidang dan isu (termasuk mengenai kedudukan Negara Islam dan hukum Hudud), hendaklah dipanggil atau bertanya pada pakar, orang yang ahli.  Bahawa sesungguhnya setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.  Keterbukaan minda dan “bersih” merupakan satu daripada syarat kejayaan dalam perjuangan.

3.   KEWAJIPAN CALON
Calon sudah pun lama dipilih dan diketahui oleh penduduk. Bukan beberapa minggu lagi hendak dimulakan daftar pencalonan maka baharu tercari-cari dan berlaku berbagai “rasa tidak puas hati” dan merajuk atau memulaukan atau masuk parti lawan. Hal ini sudah berlaku dalam PAS sejak diadakan pilihan raya pertama lagi. Bukan sahaja calon sudah ditentukan tetapi juga “kabinet bayangan” sudah alam ada dengan portfolio dan kerja masing-masing.
Penentuan calon sejak lama lagi sangat menguntungkan dari berbagai segi. Antara lain kebaikannya ialah segala salah faham, ketengan, syarat yang dikenakan baik syarat parti mahu pun syarat dari pihak SPR sendiri sudah “bersih”. Kemudian dapat diketahui dengan baik : ‘Apakah calon berkenaan, secara peribadi, boleh diterima atau tidak oleh penduduk ?’ dengan tinjauan oleh parti : maklum balas kepada Parti dari kedai kopi, masjid, di tempat kematian, majlis tahlil, majlis perkahwinan, gotong-royong dan kegiatan sosial budaya, sukan, persatuan ibu bapa dan segala macam perjumpaan, manis muka dan tegur sapa boleh menjadi “aset” sebagai pelantar untuk menyatakan isi “manifesto” dalam pilihan raya. Jika maklum balas dan keseluruhan syarat, bagi calon berkenaan  berada di paras bahaya, maka cepat-cepat digantikan dengan orang lain (simpanan) yang berwibawa. ‘Biar kelahi dahulu daripada kelahi kemudian’ penduan kerja orang tua-tua Melayu. Calon kena kerja keras dan mengatur “orangnya” seperti antara lain, memeriksa pada setiap rumah yang ada alamatnya dalam buku daftar yang “pengundi/penunggu”nya itu benar  tinggal di situ. Pembahagian kerja, tanggung jawab, laporan perlu dibuat dan di”monitor”!.

4.  MUSANG BERBULU AYAM
Musang kian bertambah kerana cari makan. Ramai sudah tidak peduli akibat pada dirinya dan juga organisasi. Jika seseorang itu telah ditugas oleh pihak tertentu untuk mencari rahsia atau merosak atau melambatkan perjalanannya maka suatu pengawasan kolektif dan tugas khusu masing-masing boleh mengesan jenis “manusia cari makan ini”. Bagaimana pun syak wasangka melulu adalah merugikan dan ia dilarang agama. Di samping itu sejarah memperlihatkan  ujudnya penyeleweng dalam Pas apabila pemimpin di peringkat tertinggi sampai ke bawah mengundur diri dan kemudian membelasah PAS terang-terangan. Kelemahan pimpinan PAS, ketandusan “idea” dan cara mengatasi berbagai masalah termasuk “fulus”, memungkinkan juga mereka keluar dan mencari tempat berteduh di bawah pohon yang rendang dengan buah yang lebat. Jadi kena juga  “musang” lapar iaitu pada bau “jebat” dan melihat bulu ayam di kupiahnya. ‘Mengenal “”driver” yang curang ialah apabila lampu hijau ia berhenti (brake) dan lampu merah ia tekan minyak’

Allah Yang Maha Besar dan Maha Mengetahui yang ghaib.

Namun demikian, pimpinan hendaklah berupa kolektif dengan berwaspada segala tindakan masing-masing, terutama perihal yang berkaitan dengan “keuntungan” peribadi bai secara langsung mahupun tidak langsung. Kelantan dan Terengganu, disebut-sebut sebagai isu yang sudah menjadi tempat “cari makan” dan permainan sunglap untuk “anak pinak, anak buah, anak mas dan kroni”.  Malahan nama pemimpin disebut dengan terang sebagai rujukan.

Dr. AQ~     Jun, 2002      ~Bersambung ke bahagian 2.  Insya Allah